Tuesday, September 15, 2015

Resepi Sayur Brokoli Campur Ayam Bersos Tiram

Assalamualaikum...

Dah lama tak share resepi mudah kan? Ala.. Kalau dari dapur LM ni memang serba mudah dan ringkas pun. Takda masa nak masak yang rumit sambil melayan baby ariz yang makin lasak ni pun.. Sobss


 Memandangkan si ayah dah paksa anak-anak makan sayur, maka ummi terpaksa cari idea nak pancing minat si anak agar jamah sayur yang dimasak.

Alhamdulillah ni kali ke tiga masak resepi ni. Ternyata resepi mudah campak-campak ni mampu membuat si anak yang tak berani jamah sayur boleh makan sayur.. Yeayy!!

Bahan:
2-3 ketul dada ayam( potong dadu)
1 cawan brokoli
1 cawan cauliflower
1 biji bawang besar(saiz sederhana)
2 ulas bawang putih(ketuk)
1/2 inci halia( hiris)
2 helai cili kering
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Kicap cair/garam- jika perlu@suka

Tumis bawang, bawang putih, halia dan cili kering, masukkan ayam, tambah sikit air. Letak sos tiram , kicap dan sayur.. Rasakan masinnya.. Sedia di hidang apabila sayur cukup masak. 

-Boleh ditambah sayur lain ikut kesukaan.. 

- kalau nak hitam boleh guna kicap pekat.

Masak dengan kasih sayang, insyaAllah ...sedap. Kalau suka pedas boleh tambah lada sulah atau lada hitam. 




www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sedap ni LM. Sayur dan ayam sekali, saya suka gak masak macam ni.. cuma kalau resepi saya tak ada guna cili kering je.
. budak kat rumah ni bila makin besar makan memilih sayur pulak.. masa kecil semua sayur makan je.. sekarang ikut mood pulak makan sayur.

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

simple dan mudah.. sedapp

Jom folo saya

ziana eunos said...Reply To This Comment

mesti sedappp ^_^

*saya follow #3423

hainom OKje said...Reply To This Comment

Laaa...tak puas tengok gambo sayur kelamlah Ummi....tapi dpd resepi mmg tau sure sedap tu...Lama dah Okje tak masak sayur campur ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...