Thursday, September 24, 2015

Salam Aidil Adha-2015

Assalamualaikum

Selamat menyambut aidil adha buat seluruh umat islam . Alhamdulillah aidil adha kali ini kami beraya di rumah sendiri kerana join bahagian lembu untuk aqiqah baby ariz. 

Disebabkan baby ariz je dah dua bahagian lembu, lebih kurang 9.6kg bahagian dagingnya maka LM lakukan ibadah qurban join ustaz yang mengerjakan ibadah tersebut di kemboja.  Takut tak ada tempat nak simpan daging kalau buat kat masjid sini juga kata incek suami. 

Daging aqiqah baby ariz tu akan digunakan untuk kenduri buat baby ariz sabtu ini.

Ayah bonda dan adik juga selamat sampai pukul 1 lebih pagi tadi. Mereka naik keretapi jam 9.30 dari segamat. Makanya ayah bonda dan adik beradik beraya di rumah kami lah tahun ni. 


Antara juadah untuk kami santap.. LM buat rendang daging campur paru dan limpa. 


Syukur.. Rezeki nak ketupat tidak dihampakan oleh incek suami. Dia work from home semalam sambil meeting anyam ketupat.. Ekeke.

Bini tak tau anyam ketupat pasrah je lah ingatkan tak dapat makan ketupat raya ni... Daun lebar, ada juga ketupat bawang lebih besar dari penumbuk LM. 

Ops incek z ada buatkan ketupat satay untuk LM juga.  LM tak makan ketupat bawang, suka ketupat satay, hehehe. Cerewet pulak tu walau tak reti anyam. Haishh

Menu ayam masak merah, rendang daging dengan paru dan limpa, kuah kacang, satay goreng, kek arora, kuih siout dan peneram bonda bawa. Meriah sekali juadah raya kami . 

Selepas solat raya majlis aqiqah berlangsung kira-kira jam 9 lebih. Di sini 5 ekor lembu dikorbankan. Masjid baru.. Mungkin tahun depan lebih banyak lembu dikorbankan kot?

Tahun depan korbankan maisarah pula ke.. Tapi kalau masuk kat sini tak balik kampung jugak la jawabnya. 

Kalian mesti balik kampung kan? Ye la .. Cuti sekolah, best la kan?


www.tips-fb.com

3 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

Salam aidiladha.. sempat tgk org menyembelih di surau semalam.. hehe

Jemput singgah k..

Entry terkini: "Nak buat ruang iklan"

Androfern said...Reply To This Comment

Sudah kenyang dengan satenya hehe

Diana Rashid said...Reply To This Comment

kami raya haji ni makan lemang..kesian beli lemang keras gila..last2 suami je makan sikit..tu pun boelh makan yang tengah2 je..yang tepu2 tak boleh makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...