Monday, September 21, 2015

Sarapan Berat

Assalamualaikum..

Cuti sekolah.. 
Anak-anak syurga ni takkan pernah rasa kenyang. Huhu.

Pagi tadi LM dah buatkan nasi goreng cili api campur daging dan kacang panjang. Amboii kemain sedap la dorang makan dengan air milo ais ala-ala restoran lagi tu. siap bertambah-tambah. Tup tup.. Pukul 12 lebih dorang dah tanya bila boleh makan tengah hari. 

Aduh duh duh.. Umminya masak pun belum. Busy mengurus pakaian yang menimbun tak siap dilipat tu.. 

Err ingatkan sarapan berat boleh la lunch lewat sikit ke.. Kan? Haha.. Dah boleh jangka pun sebenarnya.

Bergegas la masak kejap. Sambal udang dan buncis goreng berkicap je. Simple pun selera jugak anak-anak ni. Hehe

Esok plan nak buat nasi lemak , sambal paru, telur mata kot untuk dorang. Tengok la macam mana. Harap hujab berhenti dapat lah petik daun pandan untuk buat nasi lemak esok pagi. Tak rajin la nak petik pagi-pagi buta tu.. Huhu

Anak korang kuat makan tak cuti sekolah?


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Cuti sekolah semua ada memang sedap ajelah makan ramai-ramai.
Anak kakak yg cuma berdua pun sekejap buat speghettilah, mee gorenglah, jemput-jemput. Kakak biar aje dia buat sendiri (dah besar).

Tak lama LM pun tak perlu buat lagi bila mereka dah besar.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sama macam anak2 saya..adik ni tengok kakak makan dia pun nak makan.anak2 cuti sekolah ,jadi memang perut lapar je la..kena kerap2 la selak resepi nih..

ejulz said...Reply To This Comment

Untung la anak2 dapat makan sedap cuti sekolah :)

Selamat berhujung minggu. Jemput singgah k..

Entry terkini: "Cukupkah kebahagiaan yang diberi?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...