Saturday, September 5, 2015

Spiral Pasta Dengan Sos Carbonara

Assalamualaikum..

Saja nak share menu ringkas kesukaan anak-anak LM. Semudah ABC dan semestinya mengikut cara LM la ye style masak campak-campak je.

Bila buntu tak tau nak masak apa menu ini saja dah cukup buat anak-anak gembira.



Bahan:
Pasta spiral(rebus dulu)
Satu tin sup cendawan kimball
Dua-tiga ketul dada ayam(secukupnya)
3-4 batang sosej
1 biji bawang besar/kuning(potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada sulah
1 gelas segar
1 senduk mozarella cheese
Sedikit garam
Butter untuk menumis

Cara: cairkan butter.. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan dada ayam yang dipotong dadu. Terus masukkan air sedikit dan kemudian masukkan sup cendawan tu. masukkan susu dan bahan lain. Andai terlalu pekat boleh tambah air lagi. Akhir sekali masukkan keju. Biar keju cair baru padamkan api. Garam jangan terlalu banyak kerana cheese sudah sedia masin.

Boleh diubah bahan lain andai suka bebola ayam atau daging. Ni resepi dengan bahan paling minima mengikut stok yang ada. Tak plan nak buat menu ni tu yang main campak je apa bahan yang ada. Janji sedap.. Hehehe

Ehem.. Bacuh teh ais sejug lepas tu perah lemon. Perghh sedap tu! Ice lemon tea kat kedai bukan dapat singgot dua harganya kan? Padahal sebijik lemon boleh dapat bergelas2 ice lemon tea. Ngeee.. 

Tapi kan.. Sesekali kalau makan luar ice lemon tea harga rm8 pun kita rasa takpe laaa sesekali.. 6 gelasx rm8 dah berapa? Lum kira tax, lum kira makan lagi. Hehe sesekali.. Ye tak? 

Bila kita fikir pasal harga memang malas nak makan minum benda yang mudah tapi harga mengarut. Tapi sesekali makan di luar tu perlu juga untuk menghibur anak2. Cari duit pun untuk anak juga kan.. Bukan asik nak tolong bagi subsidi sana sini 

Iklan sikit:-

Sesiapa yang nak beli vco rm39.90(60biji)dan vitamin c (100 biji rm 60)catalyst boleh contact LM ye di nombor 0127841046




www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...