Wednesday, September 2, 2015

Tolong La Prihatin Tentang Keselamatan Anak

Assalamualaikum

Tengah hari tadi balik dari sekolah si kakak terus tanya ummi:-

Kakak: ummi boleh tak kawan kakak nak study sama2 kat sini

Ummi: kawan? Bila?

Kakak: xxx, dah ada dah tu.

Ummi: okey.. Dah datang pun sekali naik bas dengan kakak, takkan nak kata tak boleh kan?

Ayah dan ummi sepakat pontengkan kakak dari sekolah agama untuk bagi ruang dia fokus untuk upsr. Makanya, bila tak ke sekolah agama petang wajiblah study . Kan?

Ku intai2.. Nampaknya tak fokus mana si kakak study.. Ku hendap2.. Kawan tu sedang menggodek laptop. Uik??? Hati dah panas.. 

Dah banyak kali tanya study subjek apa? Jgn main .. Bla bla bla.. Nampaknya kehadiran kawan tu MAKIN buat si kakak tak fokus study. Ada kawan borak kan? Haish!

Bila nak menyusukan baby, LM tutup pintu bilik, usaha kemain nak tidur kan baby tapi tak juga berjaya. Hati dah geram kain tak berlipat lagi, baby takmo tido,tak masak lagi.. tup tup dengar si kakak duduk kat luar dengan kawan main kucing? 

Duk dengar je sambil tahan marah. Dalam setengah jam masih lagi duk luar. Haish tak boleh jadi ni. LM terus keluar.. Tengok dorang elok bersantai kat kolam ikan. 

Ummi: aik? Duk situ ke? Tak study? Kalau camni esok gi sekolah agama! 

Kakak: dah study tadi..

Ummi: tadi? ( nada dah naik dua tiga oktaf) Ummi ayah pontengkan awak nak suruh awak fokus, suruh belajar dengan lebih lagi. Lagi dan lagi. Kalau main camni baik gi sekolah agama! Bla bla bla.. Awak tak dapat 5A siap awak! ( dah marah sangat la ummi tu)

Diam kejap.. Study la konon. Suruh solat asar macam tadi juga si kawan tak solat sama.Malas la nak tegur anak orang. Tak tau lah apa masalah dia tak boleh solat ke apa

Dah 6.40 petang si kawan masih takda gaya nak balik. 

Ummi: kakak.. Kawan awak nak balik pukul berapa?

Kakak:ummi ke ayah yang hantar?

Ummi: ummi? Nak suruh ummi drive dgn baby ni? Ummi tak mandi lagi, baby tak mandi lagi.. Nak siapkan mkn malam ..

Terus ummi panggil kawan dia..

Ummi: awak nak balik bila?

Kawan: err err nak balik la ni. Lepas tukar baju kemas2 terus balik(dia pakai baju si kakak)

Ummi: makan dulu baru balik. Atau.. Call ibu ayah awak bagi alamat sini. Lepas tu makan

Dia pun call mak dia. Cuma dengar dia kata dekat sini situ bla bla bla.. Dua tiga ayat terus letak. 

Dia kata mak dia tak tau.

Ummi: dah bagi tau dekat dengan masjid?( rumah dia sekitar sini saja tapi taman lain)

Kawan: mak saya kata tak tau.. Takpelah, pandai2 la saya balik nanti.

Ummi: naik apa? 

Kawan: jalan kaki.. Takpe2..

Kakak:takpe biar kakak hantar jalan kaki ke bawah dgn acha. Suruh acha pakai tudung cepat.. Biar akk hantar.

Naik hantu la ummi! Hantar? Nak jalan kaki 'seret' adik ? Sekolah agama yang baris sebelah je pun ummi antar dan ambik sebab takut jenayah culik rogol bagai ni berleluasa. Angkut baby sedamg tido pun ummi sanggup demi keselamatan anak2. Tup tup kau nak antar kawan jalan kaki macam makan angin kat tepi pantai kat krabi? 

(Ummi dah tumbuh tanduk. Marah dah ni.)

Terus minta dia dail lagi nombor mak dia. Sangat la tak puas hati sebab tak dengar dia sebut rumah kami kat mana terus dia letak telefon camtu je tadi. Bermacam alasan, itu la ini la.. Last2, dia kata takpelah makcik nanti mak saya bising. Mak saya marah2.

Ooo baru faham. Agaknya tadi bila dia kata suruh ambik mak marah terus dia letak phone kot? Ntah la.. 

LM berkeras biar LM yang cakap sendiri dengan si emak. Tapi letih menanti panggilan dipandang sepi. Langsung tak di angkat jauh sekali untuk dia buat panggilan kembali. Takda pun..

Last2 si ayah balik ummi terus meledakkan kemarahan. Ayah la kena hantar. Takkan la nak biar anak dara sunti orang balik sendiri. Jauh kot..dekat pukul lapan kot baru sampai kalau jenis jalan lenggang kangkung.

Sian la si ayah, berkejar nak makan lagi nak bersiap ke masjid lagi. 

Kenapa dia takmo ambik anak? Alasannya mak saya tak tau. Err takda pula mak dia minta nak cakap dengan LM. Lebih rela anak balik sendiri?

Tahun lepas .. Ada projek berkumpulan pun sama je kes macam ni. Dah maghrb tetap tak ambik anak dia. Last2 kakak yang ambik anak dia di sini tolong hanar kan. Dah gelap kot.. Takkan nak biar tido sini.. Haish. 

Pelik bin ajaib. Tak risau keselamatan anak? Tak tergamak nak biar anak orang balik sendiri. Bukan berkira.. Bukan sebab malas hantar! Tapi geram dengan alasan "mak saya tak tau"

Ambik mudah! Buat tak kisah! Grrr

Please la ibu2.. Prihatin la sikit. Nyawa anak, keselamatan anak tu amat penting. Malah lebih bernilai dari nyawa kita. 

-Kalau kena culik boleh dapat balik?
-kalau kena rogol agak2 tak menyesal?
-kalau kena bunuh agak2 boleh siuman hidup lepas ni?

Tu soalan yang LM selalu tanya pada diri sendiri bila rasa malasssss sangat nak jemput hantar anak sekolah agama yang sekangkang kera dekat sangat ni. Selalu tanya diri 'menyesal tak aku kalau jadi apa2 pada ank2 aku?'

Mungkin lain orang lain pendapat. Lain orang lain cara berfikir. Namun.. Entri ini bukan menuding jari mencari salah sesiapa cuma merayu kita2 ni prihatib la sikit tentang keselamatan anak2 syurga kita. Anak itu amanah dari Allah. Jenuh kita nak jawab di akhirat nanti.

Kenapa LM marah sangat?
Bukan marah pasal kami kena hantar tapi marah mengapa mak pak boleh percaya si anak balik sendiri. Ada miss call tak pula call semula. Ya Allah.. Mudahnya .. Tak rasa runsing langsung ke? 

Anak.. Comot ke comel ke, kecik ke atau nampak matang ke kalau orang giler nak buat kerja mencabul merogol ada dia kisah budak tu rupa camne? Amanah..
 Anak tu amanah.. Huhuhu 



www.tips-fb.com

1 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Tumpang geram sama.. mak jenis apa kalau tak ptihatin dengan keselamatan anaknya.. menyusahkan org lain pulak tu..adoi. mmg wajar naik angin tu LM.. lain kali mmg xleh buar budak tu datang lagi ke rumah tu.. saya lak tumpang berangin sama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...