Monday, September 28, 2015

Tujuh Bulan-Minggu Pertama Baby Ariz Syahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah baby Ariz dah masuk tujuh bulan . Dah memapah, dah laju merangkak meneroka ke ceruk dapur. Sudah berani berdiri sana sini sambil kaki menyusur ke kiri atau ke kanan untuk mencapai apa saja yang dia minat terutama remote tv.

Sudah dua hari diperkenalkan dengan bubur nasi. Walau tak sumbat banyak tapi dia nampak teruja untuk makan terutama bila makan serentak dengan orang lain. 

Adegan rampas sudu tu perkara biasa. Dia memang gemar merampas sudu bak suap  makanan sendiri. Lepas ni jarang la kot ummi buatkan puree. Baby ariz dah mula lasak makanya kena makan bubur agar berat dia tak makin menurun.

Dah dua minggu dia mahir minum dengan cawan tanpa basah kuyup. Ummi memang tak sempat beli cawan sedut atau cawan berstraw lagi untuk dia. Dia sangat suka air masak..

Perkataan pertama yang dia sebut 'bababa'

Tu je lah yang dia duk sebut bila bebel sendiri. 

Dah pandai mengutip apa saja dan memasukkan ke dalam mulut. Mak ai kalau plastik gula-gula tu bukan main syok dia duk hisap. Ngeri ummi tengok, memang tak boleh ada benda sepah langsung. Orang lain makan sibuk dia nak join:(

Makin perlukan pengawasan 24 jam. Tiap saat kena pantau dia jika dia tak tidur. 

Alhamdulillah susu untuk baby ariz makin meriah sejak drop hari tu. makin hepi pump sejak ayah belikan pump elektrik. Syukur.. Moga susu mencukupi hingga ke usia dua tahun, amin


www.tips-fb.com

3 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

seronok kalau dia nak makan..Lepas ni siap la awak memuri ye ...hahahah..betull ke perkataan memuri tu??bedal je la...

sheila arshad said...Reply To This Comment

anak akak dulu semua benda dia kutip...taik cicak, lipas mati kat celah2 lemari semuanya dia masuk mulut.

sekali tu mama akak suggest racik halia or bawang putih nipis2 pastu tabur je. At least bila dia kutip dia makan terasalah pedasnya. Masalahnya dia makan pastu dia kutip lagi..makan lagi. Sedap agaknya halia tu hahahaha..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Sok2 kejap je dah sambut besday setahun pulak...dah dapat kaki nanti lagi ligat ke ibu dia nak menjaga....kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...