Friday, October 2, 2015

Akibat Tak Cas Handphone

Assalamualaikum..

Haha ada orang kalau handphone takda bateri dia kalut. Tapi  LM ni kalut nak cas bateri hp time nak keluar je itu pun sebab takut terpisah dengan bos besar nanti payah nak call

Handphone cap ayam takda lah teruja nak kepit 24 jam kan.. Ehehe

Tapi.. 
Tak cas bateri handphone ni buat orang marah juga kalau call kita tak dapat. Atau.. Kalau kita nak call orang terpaksa pula tunggu handphone boleh dihidupkan sebelum boleh dail.

Tadi..
Try nak transfer duit dari maybank le cimb mak. Tetiba rasa cuak tak tau betul ke cara tu? Risau masuk ke akaun orang lain  lagi payah. Terus tak jadi transfer. 

Laju-laju balik rumah cari handphone nak call mak . Nak cakap kita ni hajat nak bagi duit tapi tak dapat transfer sebab tak tau.. Bla bla bla. Dalam hati duk fikir malam ni pun takpe sebab mak nak ke sarawak esok.

Bila on handphone erk??

Buka sms kiriman bonda dia dah sampai kuching. What??

Haha padan muka.
1. Ingatkan mereka makan angin ke sana hari sabtu rupanya hari jumaat. 

2. Padan muka nak call pun kena tunggu cas bateri dulu.

Kadang-kadang dah nak gi pasar baru kalut cas handphone. Dapat 20% pun jadi la. tapi bila terpisah nak call suami teruk 'klug klug klug' ( bunyik bateri abis). Screen gelap! Cisss

Padan la muka sendiri. Lalala


www.tips-fb.com

7 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahah...agaknya semua mak2 macam tu la kot..kan??kadang2 tu suami balik tanya..baca tak mesej abang..terpinga2..pi tengok enpon rupanya tak de bateri..heheheh...

Diana Rashid said...Reply To This Comment

hahah...agaknya semua mak2 macam tu la kot..kan??kadang2 tu suami balik tanya..baca tak mesej abang..terpinga2..pi tengok enpon rupanya tak de bateri..heheheh...

uncle gedek said...Reply To This Comment

uncle kalau hp tade bateri... macam nak kiamat rasanya! hahaha

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin mmg online guna hp...xguna lappy.so wajib ada batery...n bwk power bank siap2

Mila Hilas said...Reply To This Comment

hihi...tahu xpe..mmg hangin kalo time nk guna tu lah batt xde..ekeke

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hihihihi biasa kan kak bila kita yang duduk rumah jaga anak ni. kira pun kalau cuti hp xtengok sgt, sedar2 bateri dah nak habis. padan muka sendiri

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ahah, itulah nasibnya kalau tak cas bateri handphone. Tak kiralah LM cap ayam ke cap bintang! Siksa tau takda handphone zaman sekarang ni. Bukan setakat nak bersosial media aje. Itu 10 hari tak bersosial pun tak kisah. Nak buat dan terima call tu susah. La ni nak jimat, WA ler..

Saya kalau bateri tinggal 50% dah kalut semacam cari charger. Kalau keluar rumah tu memang bateri handphone wajib 100% dah dicas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...