Thursday, October 8, 2015

Aku Memang Tak Minat Makan Daging

Salam 

Daging... 
Sejak kecik LM memang tak berapa suka makan daging. Kenapa tak suka? Bukan la tak suka, tapi tak minat nak makan.

Bab rasa.. Memang LM suka makan daging. Bukan kategori tak sedap. Nak- nak kalau daging masak sambal, perghh LM mampu makan bertambah-tambah.

TAPI..
Sangat tak minat nak makan daging sebab gigi ni memang tak lawa. Maka daging mudah terselit sana sini. Kalau makan di rumah orang amat jarang la LM ambik daging. Payah la nanti nak kena cungkil gigi atau nak menggosok gigi kat rumah orang..

Paham tak..
Suka makan tapi tak boleh makan sebab masalah gigi terselit daging. Tu la tak minat sangat nak makan. 

Hurm.. 
Daging aqiqah aritu ada lagi lum habis. Bilalah nak habiskan? Sikit je lagi lum masak tu..
www.tips-fb.com

5 comments:

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

asben saya memang tak makan daging saya pun sebab asben tak makan daging dah lama tak makan daging. Baru2 ni majlis akad nikah adik ada masak daging try makan dah rasa macam pelik hahaha

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya kalau ada makan je...suami saya pling suka..hari2 pun tak pe..anak2 langsung tak suka..saya lebih suka makan ikan..daging ni saya kurang makan sebab masa kecik pun tak biasa makan..merasa makan daging kalau ada kenduri ja..nak harap tokwan dengan opah beli daging memang tak la..kami dulu miskin..makan ikan pun sekor tu kerat dua tau.....mula dah tu buka cerita sedih...lari topik dah pun..hahahah

hainom OKje said...Reply To This Comment

Cuba tunjuk gigi sikit nak tengok gigi yg katanya tak lawa sangat tu. Okje kalau makan daging ada gak terselit, tapi sebat jugaklah.....dah katanya sedap kan hihi....

Cungkil dalam kereta ar hihi...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

buat daging rebus cicah air asam pedas2 masam kak. adoiiii kecur air liur hahahaha

sama la jenis gigi suka melekat daging bila makan. sebab tu kira selalu spare pencungkil gigi yang jenis ada benang tu. senang nk buang

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya suka daging, LM. Kalau terselit celah gigi pun takda masalah. Asal dapat makan daging. Kiranya puas jugalah lepas raya korban ari tu makan daging.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...