Thursday, October 29, 2015

Alasan

Assalamualaikum..

Sejak cuti panjang lepas jerebu aritu syafiq dah mula ada Alasan tak mau ke sekolah. Nampak liat semacam je nak ke sekolah tiap pagi.

Hari tu masa cuti jerebu kebetulan dia memang batuk teruk. Bila cikgu dia sma kata tak sekolah LM bagi tau dia tak yah la sekolah sebab apit batuk. Bila abang kakak dia cuti dan cikgu sms kata sekolah sebab ada ujian lisan tetap LM cutikan dia memandangkan jerebua kuat dan dia batuk hingga termuntah-muntah.

Uik.. Semalam dia moody sebab cirit birit. Akibat perut masuk angin liat sangat nak makan nasi.. Camtu lah! 

Hari ni dia kata sakit badan la, batuk la.. Bla bla bla

Paling kesian mak dia ni tak kuasa la nak melayan ngada-ngada dia. Pujuk sekali dua je.. Mata pun ngantuk tak larat nak layan rengekan dia. 

Haha akhirnya ayah yang punyai kudrat lebih kuat dari ummi la yang dukung dia 'campak' dalam bathtub tu. tolong gosokkan gigi dan sabunkan dia. Haha bukan campak cam orang lempar sampah tu tau.. Karang ada pula yang duk viralkan benda ni. 

Lepas mandi sibuk kata sejuk suruh tutup kipas, itu la ini laaa.. LM pandanf je dia pakai spender..(hari ni bagi spender last year..kalau tinggal kat sekolah ada hasil pun tak rugi sangat)

Siap baby ariz lagi ikut gi hantar dia ke sekolah. Baby hepi lah dapat naik motor.. Kemain ayah dia dah ajar naik motor, esok dah besar kalau meraung nak naik motor tak boleh nak meroyan la kan?

Kenapa LM malas nak pujuk, tak
Kuasa nak layan?

Sebab benda tu merepek. Kalau jatuh ke sakit ke.. Dia menangis tu boleh la pujuk. Kalau ngada-ngada takmo gi sekolah ada saja alasan pujuk kali pertama bagi tau tak baik camni camtu bla bla bla..

Kali kedua pujuk keras sikit..

Kali ketiga merengek lagi babai la.. Terus buat-buat tidur.. Biasanya bila ummi dah tak layan dia tau yang dia salah. Tak pergi sekolah tu memang salah. 

Dengan syafiq ni tak boleh marah jerit-jerit tinggi suara kat dia. Nanti bola mood dia dah baik dia 'sekolahkan' kita

"Ummi.. Nape ummi marah2 apit aritu?"

Bila kita kata dia buat salah sebab bla bla bla..

"Lain kali ummi jangan marah tau, kalau marah dapat dosa.. Tak marah dapat pahala" cehhh rasa nak sekeh je kepala dia.

Situasi lain..

Bila dia buat salah kita tak marah..

"Ummi tak marah?" Bila kita jawab takkkk( dengan nada paling rendah tahan geram)

"Haaa camtulah.. Sebab ummi tak nak dosa kan? Marah dapat dosa tak marah dapat pahala"

Haish ustaz syafiq ni, kalau dia mengamuk tu tak dapat dosa ke? 

;Syafiq-4 tahun)





www.tips-fb.com

6 comments:

Diya Hanun said...Reply To This Comment

Hahah pandai syafiq ni ye..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Kikiki...cerdik ye takmo kasi mama dia marah

Acik Erna said...Reply To This Comment

Pandai ustaz syafiq sekolahkan ma dia he he

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Lain kali ingt ye..jangan nak marah2..marah dapat dosa..tak marah dapat pahala..ekekek..lawak pulak ayat tu kalau diulang2...

Dia syok la tu dok kat rumah ummi dok layan je peel dia..jadi liat la nak sekolah.Jangan kan syafiq..ni anak saya si maisara pun sama..kalau cuti sakit lama, kita layan pun baik je... dah sihat mula malas nak kesekolah..saya main ugut je..tak nak sekolah sudah..esok ayah pi la cari sapa2 kot2 ada yang nak kawen dengan maisara ni..bagi kawen je sebab malas sekolah..terus bangun siap sedia semua nak pi sekolah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...Reply To This Comment

amboi syafiq.... kemain dia lagi eyh hihihi.... meh sini nak "rotan"

kang ummi libas hakak GK (hakak ke) dengan parang plak kih3... "larikkk...

ruzz ezanie said...Reply To This Comment

hahaha! ok ni kelakar. serius gelak. kan ummi dah mendapat sendiri ceramah. tu lah, marah syafiq lagi. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...