Tuesday, October 27, 2015

Alhamdulillah Dah 8 Bulan

Assalamualaikum


Alhamdulillah Dah 8 Bulan. Ops bukan LM hamil lapan bulan ye..tapi usia baby ariz syahim dah masuk lapan bulan.


Syukur.. 

Dia membesar tak banyak kerenah. Tak banyak ragam cuma badan tak lah bambam macam akak sulung, abg ad dan abang apit dia. Badan dia comel sedang-sedang macam kak acha dia je. Bezanya kak acha lahir 2.2 kg dia lahir 3.32 kg.. Tapi badan dia tak lah besar sangat bila dah lasak ni.

Semua tempat dia panjat, grill pun dia dah cuba nak panjat, mujur perasan cepat. 

Gigi belum tumbuh.. Paling lambat antara adik beradik dia yang lain. Ada yang 4 bulan lebih dah tumbuh, tapi baby ariz masih takda tanda nak tumbuh gigi lagi.

Mulut bising kuat bebel macam ummi dia. Tak tahan panas eczema cam ummi juga.. Panas sikit dah ruam satu badan.. Merana tak siapa tahu takda siapa boleh tolong.. Huhu

Moga jadi anak yang baik dik.. Bahagia sangat jaga adik siang malam pagi petang. Doakan susu LM cukup sampai baby ariz dua tahun ye. Walau tak melimpah ruah 24 jam ada lah juga rezeki untuk dia. Sesekali tu menitis-nitis juga dan yang penting dia sendawa lepas menyusu tanda kenyang, tu dah cukup membahagiakan .

Makan bubur nasi, dua kali sehari. Tapi LM bagi dia 2-3 sudu besar saja per feeding. Takut terbeban pula usus dia kalau bagi banyak . 


www.tips-fb.com

4 comments:

misz sheyla said...Reply To This Comment

alaaa bamnyeee...geram tengok...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Macam ni chubby tak bambam umi kata ye dik.
Tengoklah pipi dah melayut, dagu dua hmmm... kalau dukung lama pun lengoh ni:)

uncle gedek said...Reply To This Comment

tolong cubit pipi tu!

haha

Anonymous said...Reply To This Comment

Comelnyeeee awokkkk...gerammm kiteee tgkkk tauu dok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...