Wednesday, October 21, 2015

Ayah Kemalangan

Assalamualaikum..

Sedang kalut menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak syurga kami, dapat call dari bonda pagi tadi mengatakan Ayah Kemalangan.

Berderau darah.. "Kenapa?" Tu ayat pertama LM soal pada bonda. Dah blur sebenarnya. Nak tanya naik motor ke arau kereta tanya kenapa pula. Haish.

Bila bonda sebut kereta ada sedikit lega di hati. Rupanya ayahnda kemalangan di selekoh tajam. Sebuah kereta cuba memotong lori tapi tak sempat dan terus masuk ke lorong ayah. Bila tiba-tiba ada kereta di depan kereta ayah dah tak boleh buat apa terus paut streng mengelak ke tepi dan melanggar pembahagi jalan. 



Mujur tiada  kecederaan. Poket je lah yang cedera nak kena tarik kereta dan repair. Dah la ayah naik kereta lama. Proton lama. Huhu.. Takpalah, apa uang penting ayah selamat tanpa sebarang kecederaan. 

Kereta yang menyebabkan kemalangan langsung tak berhenti... 

Mesti ayahnda masih terkejut. Trauma hampir kemalangan masa syawal tempoh hari belum hilang ditambah pula kejadian hari ini. Syawal hari tu hampir kemalangan sebab mata ayah tak nampak , bila buat pemeriksaan baru tau ada tumor. 

Cucu-cucunya dah kecoh atuknya kemalangan. Walau ayah tak apa-apa tetap rasa dada berdetak kencang:(


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah ayah tak apa-apa..
Tapi yg geram tu kereta yg buat hal langsung tak ada hati perut
Mesti jenis yg tak ingat dunia ini sementara aje..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Kereta yang jadi punca tu tak berenti la..tak de tanggungjawab dan rasa bersalah..

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Sangat risau jika jadi apa-apa pada ayah kita kan?

safurara said...Reply To This Comment

semoga semuanya okay kak.hurmmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...