Saturday, October 10, 2015

Ayam Kurma Caraku

Assalamualaikum..

Semalam LM cuma buatkan ayam masak kurma untuk anak-anak syurga ni. Akibat kebuntuan tak tau nak masak apa, tak masa nak selak resepi selongkar blog, maka ini sajalah juadah yang dimasak dengan tergesa-gesa sebelum ambil apit dari sekolah.



Err guna jenama lain rempah ni terus jadi warna lain. Selalunya putih dah kenapa rupa cam sup je ni? Tapi rasa tak lari pun..


Dah namanya kerkocoh kacah.. Maka resepi campak-campak sajalah.. Ikut sedap tangan.

Bahan
1/2 ekor ayam
3 biji kentang( belah 4)
Sebiji bawang besar( belah 4)
Sekeping asam gelugur
1 cawan santan pekat

Kisar
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil lada hitam

Tumis:
Minyak/minyak sapi
Kayu manis
Cengkih
Pelaga
Rempah kurma 4-5 sudu makan

Tumis bahan kisar dengan dan kayu
Manis, pelaga dan cengkih. Masukkan rempah kurma dan ayam. Gaul rata. Masukkan kentang dan sikit air. Biar mendidih sebentar dan masukkan santan, asam dan garam. Jika pekat sangat masukkan sikit air. Bila dah hanpir masak boleh masukkan bawang yang dibelah 4 tadi

Jika suka boleh masukkan tomato yang dibelah 4 dan cili merah yang dibelah dua tanpa putus.


Anak-anak ni kalau lauk macam ni suka lah mereka. LM kurang gemar lauk yang tak rasa pedas camni. 

Kak malinda kata dia frust tak boleh komen suruh masak sup ayam dan sambal kicap. Wahh kita org johor mmg tak boleh tinggal sambal kicap kan kak malinda..

Takpe je.. Bab ayam, jagan risau. Rumah LM ni sentiasa je asik ayam ayam. Sejak dah kawal diet harian mereka ni kurang la sikit ayamnya, kalau dulu.. Lagi la kerap. Esok lusa akan up la lauk sup ayam tu ye.. Lepas tu nak cuba buat ayam rose yang kak zakie sarankan tu. 

Eh kenapa LM masak tak sama cam mak korang ek? Haaa dah namanya cara LM, ikut tekak LM la nak campur apa, ye tak? Haha





www.tips-fb.com

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Anak2 akak seorg jer suka mak kurma ni..
jadi jaranglah masak..
tengok resepi Lydia mcm mudah jer..
Boleh Cuba resepi ni nanti..

qaseh dalia said...Reply To This Comment

Bookmark

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Ni pon sodap dik anak2 mesti suka ni....akak kalau masak kurma pon suka berkuah camni baru syok makan....akak orng melaka tapi kawen dgn orng johor sebab tu dah terikut2 cara orang johor....sabo jelah....hehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ayam kurma ni kalau papa suka suruh letak bawang kecik tu sebulat-sebulat dia suka makan

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, ayam kurma saya pun macam nilah rupanya tapi of courselah tak cair macam masak sup tu. Saya suka ayam kurma tapi dek kerana anak-anak tak suka ayam masak style gini, saya goreng siap-siap ayam tu tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...