Friday, October 9, 2015

Ayam Masak Apa?

Salam...

Pagi tadi minta incek suami belikan beras yang dah dua hari habis.. Dia beli ayam sekali untuk lauk hari ni. Tapi.. Nak masak apa ye?

Ops dua hari beras habis? Kau makan apa LM?

Erkk.. Padan muka! Selalu sangat suka beli barang bila dah nak habis.. Haha. Kami makan beras basmathi. Sejak duk qatar memang telan beras tu melarat la sampai balik sini. Ye la kat qatar tu payah sikit nak cari beras siam atau beras wangi. Ada.. Tapi harga mahal lebih kurang harga basmathi gak 60-70 hengget sekampit. 

Mujur ada beras cap rambutan yang  kami beli untuk isi ketupat raya qurban haritu. Kalau tak... Tak makan la kau LM. Pastu ketaq lutut kebulur. Haha.

Eh dah lencong jauh ni. Bab ayam! Nak masak apa ek? Aduhai.. Jemu dah nak masak menu biasa tu. asik gulai je. Asik kari je.. Goreng? Huhu lagi la tak boleh telan. Dah tu nak masak apa? 

Idea please..
Ada idea tak?


www.tips-fb.com

8 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kena tanya tuan yg tolong membeli teringin nak makan apa?
Kita ni yg jadi tukang masak memang selalu buntu kan..

Buat ayamrose makan dgn nasi ayam sedap juga dik hihi... kakak pulak yg teringin:)

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

cuba jenguk blog cik mat gebu kot2 dapat idea nak masak ayam hari ni hehehe

LM said...Reply To This Comment

Alamak bestnya ayam rose. Tq kak nnt nk google blh cuba

LM said...Reply To This Comment

Tu lah masalahnya nk cpt. Klu relaks2 td patutnya cecepat selongkar blog cmg

hainom OKje said...Reply To This Comment

Okje hari ni buat ayam masak merah LM.....tu pun dah 10 kali pikir menu apa haha......
Semalam semalamnya baru goreng ayam .....mmg pening jadi bibik ni hihi....

Cakap pasal basmathi, tetiba nak buat nasi Arab LM hihi....

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alaaaaa...dah lambat pulak nak kasi idea T_T....semalam try komen2 kat laptop tak bole pulak hanggin hati akak tau....akak nak suh masak sup pastu buat sambal kicap kebabom pedas meletup2 gituuuuu....hahaha

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ayam bakar cicah air asam
ayam goreng berempah
ayam lemon
ayam penyet!!!!!!

sedapnyaaaaaaaaa

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ayam kat rumah saya pun dah dikurangkan penggunaannya dalam masakan. Hahaha...

Saya kalau kat rumah ni masak ayam memang kena repeat apa budak-budak suka walaupun kita tengok ayam mentah tu pun dah nak muntah, rasa tak larat nak masak ayam lagi.

Saya suka ayam masak kicap tapi kasi pedas sikit tabur cili padi. Anak-anak pulak tak suka.

Saya pun sama tau kalau nampak ayam di rumah memang tak kari, sup, tak kurma, ayam goreng. Itu aje pun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...