Thursday, October 1, 2015

Basikal Yang Dicuri Telah Dijumpai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Basikal adik ad yang dicuri selasa lepas telah dijumpai tengah hari tadi. 

Basikal ni biru.. Tapi dia dah cat warna hijau. Sampai rantai pun dia sembur.. Nak cepat sangat siap.. 



Hari dicuri: selasa

Tempat: dalam kawasan rumah sendiri dengan pagar berkunci

Bangsa yang mencuri: melayu, warga negara malaysia..

Al kisah selasa, masa adik ad nak ke masjid dia cari basikal dia tak jumpa. LM ingat ada di tepi rumah parking sebelah motor besar ayah dia, boleh cool lagi masa tu.

Bila dia balik lepas isya'terus kami kalut carik keliling rumah. Kat belakang takda, tepi rumah pun takda. Hati mula rasa nak pecah. Pagar berkunci. Bila orang curi?

Adik ad dah tak terkata apa. Terkebil-kebil je lah terkilan.. Dalam kawasan rah pun hilang?

LM sentiasa ulang alik hantar dan jemput anak sekolah. Bila hilangnya? Masa ambik syafiq yang sekolahnya sangat dekat? Atau masa hantar kakak sekolah agama? Masa ambik kakak balik sek agama? Atau masa kami duduk dalam rumah? Atau masa hujan ribut jam 6 petang kami berkurung dalam rumah?

Semalam..
Dari satu flat ke satu flat incek z jelajah cari basikal si anak. Kami syak orang asing yang curi. Myanmar ke.. Nepal je., indon ke.. Yang kerja bawa basikal.

Tup tup bila jumpa security satu flat tu dia terus cakap ooo itu budak melayu memang suka curi basikal. Semalam hujan2 dia naik itu basikal biru besar punya.. Bla bla bla.. Terus tunjuk gambar. Mungkin gambar budak tu masa kena tangkap curi basikal orang lain

Pagi tadi pun 9 lebih baru si ayah balik dari hantar si syafiq sekolah. Letih la dia tanya kedai mamak, orang berniaga ada nampak tak budak malaun tu. jaka sana sini gambar budak tu. 

Tak tertahan kesedihan hati.. Basikal tiga ratus lebih yang dah beli tongkat, beli break baru rm100.. Hilang camtu je. Dekat 500 berhabis untuk hadiah besday si anak pakai tak sampai sebulan hilang camtu je?

Tak tertahan hati ni, terus call bonda mengadu. Minta bonda tolong sama doakan agar jumpa balik walau ia samgat mustahil dah kena curi mana lah boleh jumpa.

Tup tup masa nak pergi ambik syafiq sekolah nampak si ayah sorong basikal dari kereta. Uik?

Jam tu jugak terus meleleh air mata ni. Solat hajat, solat dhuha merayu Allah kembalikan basikal tu atau gantikan yang lebih baik dari tu. tak sangka usaha si ayah ulang alik jelajah flat dan doa kami semua dimakbul Allah. Tersedu2 menangis.. 

Tapi.. Jahanam dah basikal tu.. 
Tayar belakang dah terkupas/terkopek, dah rupa basikal apa dah bertompok2 cat. Tongkat dah takda.. Masa beli tu mmg takda tongkat, tp si ayah belikan tongkat. Dia cabut tongkat,cat hijau supaya kita tak cam basikal tu kot..

Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih bonda dan kawan2 atas doa kalian. Hilang basikal dalam kawasan rumah memang rasa terkilan sangat. 

Jutaan terima kasih buat semua insan yang sudi membantu bagi info di mana malaun bahalul ni tinggal. Mujur security siap bagi gambar dia mudah juga lah si ayah nak jaja gambar dia ke sana sini. 

Ke kedai mamak, tiap orang si ayah gigih bertanya tentang budak ni. Dan.. Basikal tu si ayah jumpa dalam rumah malaun tu. siap snap gambar parking sebelah peti ais lagi. Rumah tak besar mana pun gigih simpan dalam rumah ye malaun? Yang si emak pun 'cerdik ' jugak. Anak kau kata beli rm30 pun kau percaya. 

Eh tak sabar la nak gi lagi ruma malaun tu malam ni. Tak abis percaturan lagi. Bapak dia polis.. Sah2 la anak dia tak masuk lokap kan? 

Takda kerja la nak report bagai sebab dah tau dah polis tak buat apa pun berdasarkan kes pecah rumah kami dulu. Kami dah bagi location pencuri pun tak buat tangkapan jugak. Memang buang masa gi report. Ye la.. Polis busy banyak kes samun, culik nak handle takat rumah kena samun apalah sangat. Tak terkejar nak settle benda kecil camtu kan? Ye ye... Kami faham. Memang sia2 kami beriya carik location penjenayah dari openbox yang penyangak tu curi dan guna. 

Eh dah melalut pasal kes lama pula.. Terima kasih Allah.. Tak terhingga rasa bahagia dan terharu sebab jumpa kembali. Jumpa dalam rumah dia pula tu. memang ada bukti yang dia curi.. Kalau tumbuk berterabur gigi pun kira takda hal la kan? Kan?

Sehari sebelum kejadian memang LM nampak dia lalu depan rumah LM. Rupanya jiran depan kata dia masuk rumah selang dua biji dari rumah kami sebab tu jiran tu pandang dia sampai jauh. 

Ada saksi nampak dia lalu depan rumah.. Lalu lorong kami, dan basikal pun jumpa dalam rumah mereka. Makanya kalau jadi kes polis ada la saksi.. Tapi bapak dia kan polis. Anak polis boleh kena tangkap tak eh? ( siyes soalan bodoh ni kan?)


www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dapat juga semula basikal kesayangan ad ni.. alahai tp sayangnya dah dirosakkan kecantikan asalnya ya.. ai budak tu pun seusia macam tu dah tak takut melakukan jenayah kalau tak dikekang nannti besar entah apa lagi dia berani buat.. arapnya bapak dan ibunya ada kesedaran untuk mengubah perangai buruk anaknya.. moga jadi pengajaran buat kita juga, kerja bersungguh2 dengan ikhlas agar gaji berkat dan anak2 menjadi soleh dan solehah..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.....kalau dah rezeki tu ada inshaa Allah jumpe balik....kong ajak sangat la perangai penyamun camni....ramai kot anak2 polis yg perangai tak semengah camni walau pon bukan la semua....diaorang tak takut buat jenayah sebab ada kabel kononnye....kalau mak apak budak ni masih diam kan je perbuatan anak nye diorang memang bodoh....

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alhamdulillah rezeki ikhlas seorg ayah buat anak dan usaha tak putus akhirnya kembali juga kepangkuan Ad basikal tu. Syukurlah..

Yg bersalah di dunia ni kalau ditutup pun mungkin terlepaslah di dunia. Tapi cuba fikirlah sepanjang hidup pun dia akan ada rasa bersalah. Itu di dunia. Di akhirat kelak macam mana? balasan Allah itu pasti. Yg melindungi tak kira siapa dan apa pangkat tetap akan diheret sama.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sebab anak tu OKU kot mak dia percaya yang anak dia beli dengan harga tu. mungkin dia ingat orang kesian kt anak dia. pftttttt

memang kan kak. kalau jadi anak polis je. ada sticker polis kt moto keta je senang2 nak lepas walau dah buat salah besar. bukan semua. tapi kebanyakkan memang macam tu. geram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...