Thursday, October 15, 2015

Bila Orang Bagi Salam

Assalamualaikum..

Adab datang ke rumah orang...
Bila time suami takda di rumah, orang asing(bukan makhluk asing ye) bagi salam, biasanya LM mati diri je. Memang takkan buka pintu. Terutama kalau mereka yang kepit file dan ada tag kat leher.. Lagi la tak layan.

Bila yang datang tu bukan pos laju, bukan dikenali memang takkan keluar pun. Apa-apa awak tinggalkan note je lah dalam peti surat tu ye..

Tapi tadi..
Ada sorang pakcik ni bagi salam bertalu-talu. Kemas berseluar slack dan berkemeja. Mulanya nak matikan diri je takmo keluar tapi bila dia dah tekan bell bertalu- talu sampai baby ariz yang tidue di bawah terkejut menangis kuat sampai merangkak sana sini, hati ni mula terasa panas.

Sementara capai tudung lima enam kali lagi la dia picit bell tu kot? Ciss

Setakat datang nak cari tuan rumah orang sebelah rumah jiran depan LM.. Bila tengok nama rupanya anak kepada penyewa lama. Sah la tak dapat cari.. Orang tu dah pindah. Hurmm kes apa pun tak tau.

Tak kuasa la LM nak minta pada suami nombor penyewa lama tu.. Ada nombor kad pengenalan boleh cari lubang cacing mana pun kan?

Haish takda adab! Anak kita dah tido dia bising tekan bell doploh kali. Fungsi bell tu supaya tuan rumah sedar ada orang datang, tapi agak-agak la.. Kau picit sampai terkucil jari dah kenapa? 


www.tips-fb.com

1 comments:

SalbiahM said...Reply To This Comment

tulah...kadang-kadang menyampah gak orang camni.kadang2 malas nak bukak sebab kita pakai t-shirt lengan pendek je kat rumah.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...