Monday, October 5, 2015

Cuti Jerebu Lagi

Assalamualaikum..

Haish sekolah di arah tutup lagi. Makin hujan makin teruk jerebunya. Kalau tahun -tahun lepas bila hujan redalah sikit jerebu, tapi 'acara tahunan ' kali ni nampak panjang dan tak reda juga.

Kesian si kakak PSRA dia tertunda hingga hujung minggu ni. Bila cuti sah la meriah sakan rumah.. Hehehe

Untuk sarapan pagi tadi buatkan mereka nasi goreng kampung. Lunch tadi buatkan nasi ayam licin juga, sah la petang ni kena top up nasi dan ayam juga. Kemain laju masing-masing makan.

Ni sedang menguli donut, eh breadmaker yang uli i taip entri.. Haha.

Harap-harap padat la perut dorang ni. Makan tak henti-henti. Memanjang berselera. Takda tanda-tanda kecacingan pun. Kikiki.. Padahal malam tadi dah bising minta ayahnya belikan ubat cacing untuk mereka sebab lama sungguh tak bagi mereka ubat cacing. Last dapat ubat cacing masa kat doha dulu. Kat malaysia ni langsung tak pernah kata mereka. Takpelah anak.. Malam nanti ummi sumbat ubat cacing ye!


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Memang kesian juga pada budak-budak bila cuti tak menentu ni
Apa lagi yg nak exam. Kesian. CIkgu-cikgu mereka pun sebenarnya susah hati. Macam kakak tu cikgi dia risau PT3 anak murid dia..

Rozita said...Reply To This Comment

cantiknya donut dia...hahaha.. dah tengok..caner buat tu LM..guna cetak eh?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ada ada je idea dorang kan nak itu ini hihihihi. layan jelaaaaa :p

kalau ada tukang makan memang syok nak masak2

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kejap-kejap cutikan bila jerebu melanda. Padanlah cuti sekolah hujung tahun budak-budak ni nampak macam pendek aje. Kalau dulu rasanya hampir 2 bulan. Ni akhir Nov baru cuti panjang. Apa taknya, terima kasih kat negara jiran sebab selalu bagi budak-budak sekolah cuti extra. Habis semua tergendala.

Rajinlah Ummi masak 3x sehari. Nasib baiklah budak berlima ni tak kenal aunty MD. Kalau datang rumah auntylah rasanya dapat makan sekali sehari aje. Aunty ni malas sungguh tau. Biskut kering banyak ler....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...