Thursday, October 8, 2015

Cuti Sakit

Salam..

Si acha harini cuti. Ehem cuti sakit sampai dua hari. Sakit apa? Sakit tangan kaki dan mulut. Mana ntah dia kutip menyakit tu bawa balik rumah. 

Patutlah asik cakap sakit kepala je sejak kelmarin. Ummi malas nak layan, ingatkan dia kurang minum sebab jerebu dia sakit kepala. Rupanya tengah hari semalam raba dia tengok panas sangat. Laaa.. Demam? Gi check rupanya sakit tangan kaki dan mulut.

Paling best.. Bila anak dah kena, ummi dia baru terfikir melambak ulser' mata ikan' dalam mulut ummi ni penyakit yang sama la ye? Haishh aritu dah kena masa hamil 5 bulan ni kena lagi?

Si kakak pula, akibat jerebu asma dia pun datang. Dapat mc dua hari tapi dia gi juga sekolah.. Agak teruk sebab doktor pesan suruh datang ambik nebulizer lagi hari ni. Kesiannya..

Baby ariz pun agak terkesan bila jerebu ni. Ekzema dia menjadi-jadi sampai pergelangan kaki dia mengelupas dan berdarah. Huhu tak sanggup LM nak tengok. 

Setakat ni dua anak bujang tu nampak sihat. Harap mereka bertahan tak sakit. Moga anak-anak syurga ni cepat sembuh.. Amin
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Satu-satu anak mohon perhatian lebih bila ada yg tak kena
Uminya sakit sendiri sampai tak sedar.
Anak-anak pula kira jenis yg tak cerewet
Itu yg bila pegang baru tahu panas. Kakak pulak mc pun nak sekolah
Jenis yg suka sekolah gitulah..

wa said...Reply To This Comment

Musim orang sakit sekrang ni kan

.sian anak-anak..jadi mangsa jerebu....moga cepat sembuh...:) salam kenal..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Aduhai, daripada tadi sebenarnya saya nak komen tentang ulcer dalam mulut tu tapi setiap kali lepas baca entri 'pi tempat lain' dulu. Lepas balik semula nak mengomen, terus lupa ^_^

Saya pun selalu kena ulcer sebab kurang minum air masak. Kalau sekali kena memang meranalah. Kalau dulu masa muda saya selalu beli satu ubat cecair ni tapi lupa pulak alahai LM namanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...