Tuesday, October 27, 2015

Gangguan Makhluk Halus?

Assalamualaikum...

Adakah ini tanda Gangguan Makhluk Halus?



Kejadian pertama
- semasa nak buat telur dadar(2-3 biji) biasanya LM akan goreng bawang dan cili sebentar biar naik bau dan sedikit garing. Nak buat telur dadar bukan pakai minyak yang banyak pun.. Tup tup masa masukkan bawang cili terasa seperti ada satu angin lalu terus api menjulang tinggi..

Di sebabkan pernah alami kebakaran dapur yang dasyat juga masa di doha dulu LM tak lari tinggalkan dapur. Tabgan laju matikan api dapur dan syukur api tak membakar hood . Semasa di qatar dulu pun macam tu.. Masa tu nak goreng cucur udang. Bila api marak membakar hood dengan ganas LM ketakutan terus lari

Terfikir.. Angin apa yang bertiup kuat tadi?

P/s: tak perlu kata api menjulang sebab ada air pada cili dan bawang. Ni bukan pertama kali LM masuk dapur dan menumis ye..

Kejadian dua
-memandu sendirian ke saloon. Tiada ruang kosong untuk parkir kereta. Selang sebiji dari saloon tu ada ruang kosong. Tapi nampak seram dengan keasaan suram, macam kedai tak berpenghuni penuh tong cat, baldi dan segala barang. Boleh nampak sebab tidak ditutup cuma dipagari geriji besi saja.

Depan kedai pun penuh pasir dan batu bata hancur. Pendek kata jika park kereta kat sini 1/2 dari kereta akan parking di atas pasir dan batu tersebut.Hati amat berat untuk parkir di situ. Kelajuan amatlah perlahan sebab mata melilau mencari ruang parkir. 

Tup tup kereta memecut laju masuk ke situ. Sedaya upaya cuba tekan pedal break sampai bunyi menciut dan berdecit kesan geseran tayar. 

Kepala pun hampir terhantuk ke stereng.. Blur!!!

Apa jadi? Kenapa takmo ke situ tapi stereng terpaut juga ke situ? Kalau tak sempat break pasti dah melompat naik ke atas tangga depan kedai tu..

Alhamdulillah Allah masih sayang hambanya ini. Tiada kebakaran, tiada kecederaan.. Namun amat takut nak memandu . Sejuta kali ganda berhati-hati bila pegang pisau/parang, memandu atau memasak selepas dua kejadian tadi. 

Gangguan dari makhluk Allah yang kita tak nampak ke? Wallahua'lam..

-baca hadith tiap hari
-zikir sentiasa
-ayat kursi sentiasa
-jangan menebeng di luar selepas asar-habis mgrb. 

Tu saja yang mampu di lakukan selain dari jaga solat dan sebagainya. 


www.tips-fb.com

1 comments:

Suria Lekatlekit said...Reply To This Comment

makhluk tu hanya boleh melalaikan manusia sebab tu boleh berlaku kemalangan yang di sebabkan makhluk ghaib ni. dia buat kita jadi hilang fokus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...