Thursday, October 22, 2015

Hari Ke -4 Cuti Jerebu

Assalamualaikum..


Hari Ke -4 Cuti Jerebu di Selangor ni.Tiap hari mengharap jerebu beransur hilang.. Moga Allah makbulkan doa-doa kita.

Hari ni rutin macam biasa, letih sebab tak dapat lena di malam hari sebab baby ariz menyusu sepanjang malam akibat ummi tak jaga makan. Diet la sangat??  Huh!! Padan muka ummi.

Maka terkial-kial goreng nasi untuk sarapan pun dah dekat pukul 8 baru nak kelentang kelentung. Si ayah ingat ummi tak buat sarapan. Di 'pikul' roti pisang dan roti canai. Haaa melambak makanan. Maka hepi lah anak-anak dapat banana pancake with nutella pagi ni. Kemain sapu nutella kat roti pisang. Nyummmsss

Ummi tak sempat sarapan lagi. Cuit sana cuit sini air pun belum sempat nak teguk. Sat lagi baru nak bancuh mineral coffee. 

Adik ad pergi tuisyen bm. Cikgu dah pesan jerebu datanglah tuisyen sebab cikgu pun tak buat apa . Yang lain mengadap la buku sebab nak main pun unmi tak izinkan keluar dari rumah.. Pasrah je la ye anak-anak. 




www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha.. cabaran menjaga anak di musim cuti jerebu ni kan? Ahmad berdua ni pun suka nak ajak main basikal, r pegi taman..
Sibuk sangat sampai tak sempat makan tu..apa2 pun jg diri ya LM

Alin Marlini said...Reply To This Comment

semoga makin pulih jerebu di negara kita

Mummydearie said...Reply To This Comment

Lately memang teruk especially minggu lepaslahkan. Saya memang tak benarkan anak-anak keluar rumah. Hujung minggu baru ni tengok elok sikit barulah bawa anak-anak melenjan di luar rumah. Biasalah budak-budak, bila dah lama tak keluar rumah bukan main happy lagi. Ucap terima kasih aje memanjang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...