Thursday, October 15, 2015

Homemade Sengkuang Calit

Assalamualaikum


Bila tengok orang duk tayang sengkuang calit sana sini terliur la juga. Sejujurnya LM tak pernah makan pun sengkuang calit ni di mana-mana.. Maka tercetus la idea nak buat homemade sengkuang calit ni.

Anak-anak sibuk membeli di sekolah katanya cikgu mereka jual. Uik?? Cikgu boleh pula berjual di sekolah? Setahu LM  anak murid yang agak susah bawa pulut panggang jual dengan kawan sekelas pun dah kena panggil diberi amaran supaya tak berjual. Bukan budak tu bawa bakul jaja kuih keliling sekolah pun..

Tutup kisah berjaja kuih dan cikgu busy jual sengkuang calit. Jom la kita fokus apa yang nak dicerita .

Ahad lepas masa beli sayur terpandang sengkuang yang comel saiznya. Selalu jumpa kemain besar lagi. Sambar la dua biji. 

Balik tu terus goreng kacang dan buat kuah rojak. Godek-godek kejap ie siap..

Maka, berjemaah la kami anak beranak makan sengkuang calit. Syafiq yang kecil pun suka. Lebihan kuah tu LM simpan kot la nanti nak buat rojak buah ke.. Tak perlu beli rojak mak bee lagi. Jimat pun jimat.
www.tips-fb.com

5 comments:

Amanda Suria said...Reply To This Comment

salam....sedap plak tgok sengkuang calit tu..lama dah x makan...kongsi la macam mana nak buat kuah rojaknya....

Kakzakie said...Reply To This Comment

Hmm... kakak tengok ajelah dulu
Sakit perut ni pun belum betul-betul sembuh ni dik.
Memang tengok pun dah terliur:)

Malinda said...Reply To This Comment

sedapnye lagi kalau dapat makan sejuk2...peh!!! tak sedo dah makan lapan bijik....hahahaha

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Perghhh terliur pulak akak tengok sengkuang calit LM..
Macam nak mencari sengkuang pulak rasa nya :D

My Name is YAYA said...Reply To This Comment

salam LM n family.
salam singgah..nmpk sdp sgt tempting kuah rojak tu
kalau sudi, share resepi yaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...