Friday, October 9, 2015

Ikan Terubuk Masin Goreng Tepung

Salam..

Alhamdulilah rezeki..ole-ole pemberian ayah bonda yang balik dari makan angin ke kuching tempoh hari

Ikan terubuk masin... Ikan masin jenis ni walau agak mahal harganya antara kegemaran LM pun. Malah masa makan angin ke miri hujung tahun lepas kami tak beli walau seekor pun ikan masin ni

Dulu suka la.. Asal ke sarawak je ikan terubuk masin jadi satu kemestian. Tapi entah bila bertaubat tak makan ikan ni pun LM jadi lupa. Tup tup nafsu terhadap ikan masin ni terus berkurang.

Alang-alang dah ada.. LM goreng la semalam. Kebetulan takda selera nak makan. LM buat goreng bertepung dan sira dengan bawang cili.

Maaflah ye gambar pakai handphone cap kepala kambeng je. Tak lawa pun. 

Caranya..

1.Potong kecil isi ikan. 
2.basuh bersih setelah dibuang sisiknya
3.salut dengan tepung jagung(tak perlu air)
4.goreng garing

Ketepikan ikan tadi. Guna minyak yang sama goreng hirisan bawang besar, cili api dan bawang putih. Apabila dah garing masukkan ikan masin yang telah digoreng garing tadi.

Alhamdulillah menepati piawaian tekak ni. Maklumlah ikan tu masih masin sangat lagi. Baru beli.. Kalau dah terperap lama dengan garam tu paham je lah rasa masinnya tu kan?


www.tips-fb.com

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Salam perkenalan sis..

Sedap tu kalau digoreng dengan tepung ye ...
Akak selalu goreng dengan bawang dan cili api jer..
Boleh cuba juga resepi ni :)


Akak follow #3426.. jemputlah ke blog kecik akak ye :)

hainom OKje said...Reply To This Comment

Salam kenal LM.....
Ikan terubuk masin ni mmg ole ole femes kalau org balik Sarawak kan....mesti wajib beli. Dulu tak tau, okje goreng lebar lebar gitu, tak terfikir nak goreng nipis nipis. Rupanya lagi sedap LM goreng nipis nipis....mcm keropok masin ko hihi.....

Ohhh .....makan menu cenggini kalau tak de selera, mmg jadi selera weyh, silap haribulan bertambah hihi.....

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Aloooooo....stok ikan terubuk hakak dah licin la kalau tak bole try...sedapnye makan dgn nasik panas2...makan dgn bubur pon layan gak ni....pakai ikan duyung masin bleh tak LM...ekekekek

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sama la suka jugak. pegi sarawak aritu kemain lagi borong ikan terubuk masin. bagi orang tu la orang ni la hihihihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya penggemar terubuk masin ni, LM. Kalau saya tau sesiapa ke Sabah atau Sarawak, memang saya kirim. Hahaha!

Saya kalau tak kerana masinnya tu, memang seekor pun saya nak makan sorang-sorang aje. Ikan terubuk ni walaupun banyak tulang saya suka sangat. Kalau pergi cari ikan bakar pun saya cari terubuk. Nikmat makan sambil asingkan tulang ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...