Thursday, October 29, 2015

Jangan Marah Ye?

Assalamualaikum..

Sambungan kisah apit cirit birit di sekolah semalam di dalam entri ini http://www.lydiamiza.com/2015/10/lupa-ambil.html?m=1

Masa ambil dia tengah hari tadi, masuk  je dalam kereta terus dia kata"ummi jangan marah ye..."

Terus dia hulur plastik yang ada spender dia. "Apa ni?" Ummi dah cuak. Hati dapat agak dah apa dalam tu

"Shepender apit la yang semalam tu"

Aduhai anak.. Ada hasil ke tak tak tau la.. Cikgu tau tu dia punya. Ekeke. Sampai sekarang tak jenguk lagi dalam plastik tu. kalau ada mood LM cuci la kalau takda mood sah la ke dalam tong sampah tempatnya nanti. Masih ada di tepi paip luar..huhu. 

Dia tau ummi dia ni suara macam tarzan, sebelum dia sakit jantung terkezut dia warning dulu "jangan marah ye?"

Paling tak suka bila dia buat lagu "kalau marah dapat dosa(sila guna bahasa baku ye), tak marah dapat pah hala.."
Gitulah ayat lagu yang dia dui nyanyi selalu kat ummi. 

Haiya tak tau la nak marah ke nak nanges. Rasa cam kena dera emosi jek ni ngan anak. Ahaha

Nota kaki: syafiq:4 tahun


www.tips-fb.com

1 comments:

Diya Hanun said...Reply To This Comment

haha...kelakar la apit ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...