Monday, October 12, 2015

Karipap Giant

Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya berhajat nak buat karipap giant ni tapi asik ada je rintangan.  Ye la sepupu LM jadi pengedar karipap giant ni dan memang selalu sangat tengok dia iklan kan karipap tu. terliur la jugak.

Tadi.. Jalan-jalan ke laman mamafami jumpa pula karipap besar dia, lagi la makin terliur.

Nak dijadikan sebab si acha minta buatkan karipap untuk bekalan dia ke sekolah esok. Sebab esok dia exam, LM layankan jugalah alang-alang perut lapar hujan lebat petang tadi

Bila dah siap goreng anak-anak ni semua duk pakat pesan yang besar tu jangan makan tau.. Tu ummi punya. 

Kelakar pula.. Mereka tak terliur nak ngap sebab tak comel kot? Dan paling kelakar orang yang teringin pun was was nak ngap sebab besar sangat takut tak habis.

Tak buat banyak pun. Dalam 3 pinggan ni je. Tak larat nak bertapa kat dapur lama-lama, huhu. Tu pun baru siap goreng sekali baby dah bangun. 
www.tips-fb.com

5 comments:

ayu Ismail said...Reply To This Comment

nampak sedap je...karipap giant makan satu pun kenyangkan...

Ahmad Munir said...Reply To This Comment

Tempat saya dulu ada jual, RM2 seketul.. boleh pilih hmm

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam LM!

Lamanya tak singgah sini. Adatlah bila menyibukkan dirikan... tak sempat nak blogwalking sesetengah rumah kawan-kawan.

Saya suka karipap tapi paling kelakar minggu lepas adalah sekali saya belikan si Abang karipap. Tak habis makan boleh pulak dia offer cikgu Mandarinnya. Cikgu tanya emak buat ke... Tau apa dia cakap pada saya ketika saya pulang kerja?

Ha'ahlah.. puas Abang fikir Mommy memang tak pernah buat karipap sedap kat rumahkan!

Aduhai.... malunya muka rasa nak tutup dengan kuali jerk, LM ^_^

Kira Sakura said...Reply To This Comment

sedapnyaaaaa pandai akak mengelim. kira teringin nak buat tapi tak pandai kelim dia. pernah je kelim sekali masa goreng terburai isi dia. kelim terbukak huwaaaaaa

**stock ayam tu. aah lepas tapis. bagi dia sejuk tak berasap dulu pastu simpan dalam peti. nanti nak guna korek bawak keluar je. letak dalam bubur ariz mesti nyum nyum lagi hihihihi

Malinda said...Reply To This Comment

cantiknye kelim karipap...sedapnyeeee...akak kalau buat ada kecik ada beso lawak je....kikiki...beso2 camtu makan panas2 depan tv dengan air kopi....peh!!! tak payah makan nasik pastu...baling sini seketul dik tapi jangan kene bumbung hah kang bocor....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...