Tuesday, October 27, 2015

Kebun Mini-Pokok Pudina

Assalamualaikum..

Kebun Mini-Pokok Pudina.Alhamdulillah pokok pudina kami hidup subur. 

Mulanya masa beli tu ada dalam 5-6 barang saja, baru semaila kot.. Selepas petik beberapa helai daunnya dia mula nampak kurus dan tak subur.

Syukur ... Selepas amalkan menyiram air basuhan beras tiap pagi dan petang dia mula merimbun ..

Pasu yang sebelah tu baru mula semai.. Harap hidup subur.

Disebabkan kami suka minum teh pudina maka kenalah ada pudina banyak pasu. Dulu ada tiga pasu semuanya mati masa bercuti dua minggu ke sarawak.

Nak minta bonda punya segan la pula ye lah dia punya pun kita yang semaikan dulu. Malu lah pula.. Hihihi

Nak buat menu nasi arab pun kena pakai daun pudina juga maka daun ni amat penting untuk dibelai dijaga rapi.

Nanti baby dah besar boleh buat air detox nak pakai banyak pudina.. Ngeee


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Pokok pudina kakak baru mati. Memula tu kakak bau tahi kucing kisahnya dia membuang di pokok pudina kakak itulah. Sekali tak lama lepas tu layu dan mati. Tak sangka najis kucing pun boleh membunuh pokok tau...

Tengok LM punya pudina geram. Puas kalau hasilnya macam itu.

Diya Hanun said...Reply To This Comment

Pernah tanam dekat rumah..tp tak pernah jadi..sedih..huhu

najihah sahami said...Reply To This Comment

teringin nak tanam pokok pudina...tapi kitorang tak penah guna daun ni. hahaha. umi cakap letak lam nasi beriani pun sedap ni kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...