Monday, October 12, 2015

Kerja-Kerja Rumah

Salam..

Baby Ariz makin besar ni makin tak boleh ditinggal. Dah kemain hebat mengutip itu ini sumbat dalam mulut. Mak aihh bahayanya. Takut terjumpa pensil disumbat ke mulut dan tercucuk tekak:(

Sejak ada baby Ariz ni LM dah tak boleh buat kerja ikut jadual. Kalau dulu gosok baju sekolah tu biasanya LM buat malam sebelum tidur. Tapi nampaknya sekarang tak boleh sebab dia memang kalau nak ummi terus dia kejar sambil menangis-nangis. Takkan nak berdiri di iron board tu sambil anak berdiri sama pegang kaki iron board? Bahawa tu!

Makanya bila dia tidur je LM kena maraton buat kerja yang perlu dibuat tome dia tidur. Benda wajib adalah masak dan iron baju. Ops sental baju sekolah pun kena tunggu dia tidur. 

Kalau setakat nak lipat baju semua tu sambil layan dia pun boleh buat sebab dia tak reti lagi nak lanyak atau kirai baju yang dah jadi 'rumah flat' tu. ahaaa

Jadual berubah.. Lebih kepada tak perlu ikut jadual sebenarnya. Tak boleh nak tunggu-tunggu . Kalau tidak.. Ada yang time nak ke sekolah baju tak bergosok atau time dah lapar lauk pun takda. 

Sebab tu lah kerja mencuci bilik mandi sendiri perlu dibuat tiap kali semasa mandi. Sambil-sambil tu gonyoh la sikit tiles dinding kanan.. Mandi petang sental pula dinding kiri. Bathtub tu gonyoh-gonyoh sambil mandi. Pastikan siram sampai bersih sisa sabun dan keringkan secepat mungkin. Bilik mandi anak-anak curi-curi cuci masa basuh baju. Bilik air tetamu lagi bahaya.. Kena cuci selalu sebab kita tak tau bila tetamu akan muncul. Ye tak?

Mencabar ada baby dan punya anak lain yang ramai. Takkan tetamu dah sampai kita baru nak gilap bilik air kot. Huhu




www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alahai LM...mmg la...dulu ms aish kecik pun mcm tu jugal..skang dh besar bz cara lain plak...uhuk

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya memang salute dengan LM yang ada ramai anak ni. Saya yang baru dua pun dah termengah-mengah bila rutin tak ikut jadual. Kalau dulu masa si Adik kecil memang selalu terlajak rutin harian sebab nak mengelakkan itu ini. Sekarang ni alhamdulillah, bolehlah ikut rutin kembali tapi Mommynya pulak dah mula malas, asyik nak ada me-time pulak depan TV :)

Kira Sakura said...Reply To This Comment

aah kan kak. dah ada anak kecik memang semua kena cekap. buat ini itu sikit2. janji rumah maintain bersih dan kemas (dimata kita) hihihihi. sebab tu dah berangan nanti dah beli rumah satu bilik nak buat bilik menan anak. rumah sewa sekarang tak boleh lagi. satu bilik dah cilok buat bilik stor. takde dah bilik extra nak buat bilik menan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...