Friday, October 2, 2015

Kes Curi Basikal Selesai

Alhamdulillah...

Kes curi basikal kepunyaan adik ad selesai sudah. Tq Allah permudahkan urusan kami.

Janji nak datang balik jam 8 malam, jumpa bapa si pelaku. Si pelaku berumur 20 tahun dan katanya oku. 

Basikal ditemui di dalam rumah si pelaku park elok molek kat dapur sebelah tepi peti ais. Amboii.. 

Bila si emak kata anak dia beli rm30 sedas la kena dengan incek z. Rm30?? Orang sewel pun tau fikir mana dapat harga gitu beli basikal buruk pun. 

Mak aii baru beli 3 minggu hadiah besday adik ad tup tup terus jadi gini

Tayar belakang jahanam terkoyak, tongkat yang kami pasang dah takda, dari warna biru jadi hijau katak sampai rantai di sembur sekali. Cantikkkk la sangat! Grrr

Oku? Jangan main-main dengan sesetengah oku. Mereka boleh panjat tembok dan mencuri, then tak boleh di tahan di balai polis sebab mereka oku?hahh .. Sepatutnya ikat kat tiang dalam rumah andai dia mengancam keselamatan insan sekeliling. Bukan ke andai dia mengancam keselamatan akan jatuh dosa kepada si penjaga kerana tak menjaga anak oku mereka sebaiknya? Wallahua'lam

Bila kata nak report polis si mak bapak terus setuju. Katanya dulu orang lain dah report, bla bla bla..

Tup tup rupanya anak dia ni polis tak boleh buat apa sebab memang ada kad oku. Apa kelebihan dan manfaat yang kami dapat andai susah payah pergi report polis? Tak dapat apa pun kan?

Maka.. Tukar plan. Ketepikan sikit kemarahan. Minta gantirugi cakap basikal tiga minggu dah jadi gitu. Kami tak rela terima basikal camtu rupanya. Maka si bapa minta tangguh dua hari untuk bayar. Si ibu terus seluk kocek dan bayar, duit hasil  mengasuh anak orang.

Incek z tak sampai hati nak ambik jumlah yang sepatutnya, maka diambik rm350 je. Takpelah.. Moga ada rezeki tambah sikit lagi duit beli basikal baru adik ad. 

Si pelaku balik tengah hari terkejut beruk la tengok basikal umur dua hari hak dia tu dah takda. Mengamuk sakan ugut takmo balik kalau basikal takda. 

Lepas selesai urusan kami pulang dalam hijan lebat dan incek z terpaksa pergi semula ke sana pulangkan basikal hijau katak tu kat mereka. Ambik la.. Kau nak sangat kan? Jujur.. Hati ni masih marah. Kau curi dalam kawasan rumah kami yang berkunci pagarnya. Bukan ambik di tepi jalan.. Kau menceroboh kawasan rumah kami. Sebab tu rasa marah sangat.

Bila mak dia cakap pung pang pung pang tak boleh buat apa dah sebab anak dia memang tak boleh dikawal dah. Ubat pun tak makan dah maka memang memberontak selalu. Polis pun tak boleh buat apa sebab dia oku.

"Kalau dia masuk rumah saya, mencuri dan bunuh saya. Maka saya mati katak la kan sebab dia oku dan tak boleh masuk penjara?" Tu pertanyaan LM pada si ibu?

Pedas? 

Hati sedang marah tak mampu nak hadam perbuatan si pelaku tu. walau di bapa kata anak mereka akalnya macam
Budak 7 tahun tapi budak 7 tahun kerap curi basikal dan boleh fikir nak cat tukar warna agar orang tak cam basikal tu ke?

Curi handphone nilai 1k, baju, kasut.. Curi basikal sorok  dulu dan kemudian jual. Dia sangat di kenali area flat dia dan sekitar nya. Maka tak sia-sia incek z cari si pelaku di sekitar flat yang banyak sekitar rumah kami kat bawah2 tu. 

Mujur jiran2 mereka bagi info yang sangat membantu. Siap bagi nombor rumah lagi. Tu yang dapat basikal tu. patah kaki lama la adik ad sementara tunggu basikal baru. 

Pengajaran buat diri ini, lepas ni takkan cuai. Memang rumah sentiasa berkunci walau siang hari anak ramai pun pintu perlu tutup rapat. Kadang kala kita fikir takkan orang boleh panjat pagar yang tinggi tu. tembok pun tinggi.. Tapi boleh je kalau nak menyamun selagi daya mereka usahakan. 

Dapat penjenayah oku atau gila sah-sah kita tak dapat tuntut keadilan. Mereka ada tiket besar, yang rugi kita lah akibat sikit kecuaian 

Tapi.. Kes ni tetap tak boleh hadam sebab pagar berkunci elok dia yang panjat masuk dan curi. Takda sikit kecuaian pun di pihak LM. Keluar kejap jemput syafiq pun dia boleh sempat masuk? Hurmm

Si pelaku oku tak dapat pendidikan sewajarnya sebab nenek yang jaga dikelantan dan mak ayah di kl. nenek tak bagi hantar si pelaku di mana2. Ubat pun tak makan maka memang sentiasa memberontak. 

Kesian la mak bapak kena bayar orang sentiasa datang bersilih ganti . Rosakkan motor orang, itu lah ini lah.. Kalau otang senang takpelah. Kesian.. Kalau tak dikawal dan dirawat akan bebas melakukan pelbagai jenayah sana sini tanpa dihukum. Ada kad oku tu macam tiket untuk buat kesalahan pula pada dia. Cam kad touch n go pula. Orang report polis jap lagi dia lepas sebab oku. Huhu..

Alhamdulillah kes selesai.. Yang baik jadikan pengajaran dan yang tak elok jadikan iktibar. 




www.tips-fb.com

4 comments:

Nora Karim said...Reply To This Comment

Moga si pelaku diberikan hidayah oleh Allah... betul juga... takkan oku boleh fikir utk mengubah warna basikal. Mungkin dia dah sihat sepenuhnya...

Mila Hilas said...Reply To This Comment

oku dia tang mana?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

yang baca pun sakit hati jugak kak. itu la anak istimewa ni memang kena jaga kena kawal dari dia kecik. kalau ada yang "tak sampai hati la nak buat dia macam ni" memang akan makan diri la nanti.

macam pakcik nadh. oku sejak kecik. demam panas. arwah wan beria asuh dia jaga dia sampai dia boleh makan sendiri. arwah wan pesan kt tokmak hantar dia pegi sekolah walau wan dah meninggal. bila wan meninggal tokmak tak follow pun apa yang wan dah selalu buat.

manjakan, hasilnya sampai sekarang dah tua dah baya2 mak nadh pun. tak boleh bergerak sendiri, semua nak kena harap orang. bangun kencing pun orang kena buatkan. masa dulu tokmak muda kuat boleh la dia buat semua. sekarang dah tua mana nak larat buat semua tu dah. lepas tu mula menyesal sekarang ni. sebab pakcik tu jadi macam merengus merampuh bila keinginan dia tak dicapai.

iktibar untuk kita kan kak.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, saya baru tahu OKU tak boleh dituduh gitu! Kalau macam tu, untunglah bak kata LM, bunuh orang pun tak salah sebab dia OKU. Kita memang rasa simpati dengan OKU ni tapi kena tengok juga keadaannya. Kalau dah mencuri, merompak, merempuh masuk rumah orang, itu tak tahulah nak kasihan part mana!

Paling kesian makpak si OKU nilah. Kalau mereka boleh terima memang anak mereka macam ni takpalah juga. Takut jenis makpak yang tak mahu mengaku kalah walaupun dah tahu anaknya yang buat salah! Itu memang tak boleh tahan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...