Tuesday, October 20, 2015

Lauk Cuti Jerebu

Assalamualaikum..

Cuti lagi sempena jerebu kata anak-anak. Hehehe...

Disebabkan malam tadi macam tak berapa tidur lena sebab baby ariz asik bangun menyusu maka pening lalat la LM sejak pagi tadi. 

Lepas siap buat cekodok bilis dan manis gelembung tapi tak berapa nak  cantik bulat tu terus mengadap kain pula. Lepas tu busy itu ini dan terlelap pula depan tv. Sedar-sedar dah jam 12.30. 

Bila si kakak sulung dah tolong masakkan nasi nak tak nak kena lah masak juga. Takkan nak keluar beli lauk yang entah apa-apa rasanya tu. anak LM ni cerewet sikit. Rasa tak sama macam LM masak mereka tak mau makan. Ye la.. Bukan sebab masakan umminya sedap tapi sebab terlalu simple.bila makan yang sedap masakan kedai terus tak mampu nak telan ... Hehehe

Bila stok lauk cuma ada ayam saja dalam peti tu terus buntu. Selongkar tengok ada dada ayam yang dah siap dibuang tulang , ada sikit kerang lebihan buat mee kari tempoh hari. Maka, menu harini tanpa sayur.. Nak petik ulam raja pun tak larat. 

Dada ayam masak black papper, sambal kerang dan sambal hitam yang tak berapa nak hitam( kes tak larat nak tunggu lama tepi kuali). Belimbing tu LM dah siap rebus banyak-banyak masuk dalam balang simpan elok-elok. Nak buat sambal tinggal cedok je.

Alhamdulillah sambil dioramg makan suap baby ariz bubur. Sumbat baby dalam buai usung pinggan bawa masuk bilik enjut buai sambil tangan kanan suap nasik. 

Adat kot anak bongsu ni manja.buaian elektrik pun kena enjut juga. Kena ada tangan ummi atas peha dia baru dia mau tido. Takpela, bukan lama pun. Dia ni masuk je buai tak sampai lima minit dah zzzz. Moment bersama tu lebih penting. Lagi pun rumah sendiri takda siapa marah pun makan dalam bilik, bukan menumpang umah mertua pun kan.. Ekeke. 




www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...