Tuesday, October 27, 2015

Lebihan Gulai

Assalamualaikum..

Semalam... Incek suami minta buatkan kari daging. Dah lama sebenarnya kami tak buat kari daging tapi bila dia makan di masjid terasa sedap masakan orang tu dan masa kami hadiri kursus pengurusan jenazah pun menu kari dagingnya amat sedap terus terkesan di hati.

Maka.. Semalam buatlah sikit kari daging berkentang. Semua pakat kata sedap. Ecehh kembang la tukang masak kan? Ahaaa bukan kembang badan tapi kembang lobang hidung laaa

Nak masak sikit sangat risau tak habis, maka adalah lebihan kari semalam tu sampai ke hari ni. Gulai lemak cili api kelmarin pun ada lagi 4-5  ketul. Maka hari ni nampaknya masak simple je lah sebab ada lauk lebih-lebih tu baik dihabiskan agar tak membazir.

Si adik ad request nak telur bungkus.. Maka gorengkan sikit kangkung dan sambal bilis.. Tu sajalah menu dinner kami kot?

Nota kaki: tuan tanah ni kurang layan lauk semalam makanya sambal bilis la jadi santapan .. Ehehe


www.tips-fb.com

1 comments:

TunSha Ayunie said...Reply To This Comment

Gulai ni lagi dipanaskan lagi sedap jadinya..... bonda kami pun kalau masak gulai/kari... tak habis je dipanas-panaskan sampailah lauk habis... berhari2 takpe.. peti ais ade... heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...