Thursday, October 29, 2015

Lempeng Cicah Kari Daging

Assalamualaikum


Lempeng Cicah Kari Daging

Kari daging kelmarin masih ada lebih. Maka LM hangatkan dan buatkan lempeng pekak@lempeng kosong untuk dijodohkan. Ops jangan tanya kenapa namanya lempeng pekak.. Tu kena buat kajian dengan orang zaman dulu


Pagi tadi buat sikit untuk si ayah sarapan. Sedap kot? Adik ad nak ke sekolah makan dua kali.. Dah nak tunggu bas boleh sambung makan lagi.

Di sebabkan hari ni agak busy, maka LM tak sempat sarapan. Maka dah tengah hari baru sibuk nak mencicah. Alang-alang buat tu lebihkan la sikit untuk lunch anak dara yang balik dari sekolah tu ..

Lunch lempeng je.. Takpelah janji kenyang. Anak-anak ni tak cerewet pun bab makan. Jangan diberi makanan pelik-pelik sudah.. Yang mereka biasa makan mereka on je.

Ops dalam gambar sekeping.. Haha LM ngap dua keping sambil layan apit bereloteh. Pujuk dia makan agar perut tak masuk angin . Masuk angin mula cirit macam semalam kan dah payah.. 


www.tips-fb.com

2 comments:

Cik Ecah said...Reply To This Comment

makan cicah dgn gula atau susu pekat pun sedap! lembut je bila makan...hihi

ruzz ezanie said...Reply To This Comment

hari tu buat untuk anak. tapi terlupa nak letak asing anak punya dalam pinggan.

alamatnya, pagi tu dia mop lantai dengan pancake. bersepah sana sini pancake. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...