Sampai saja di rumah selepas balik dari ambil syafiq di sekolah tadi terus terpandang ampaian baju kami rebah. Kuat sungguh angin sampai dapat merebahkan ampaian kain kami:(
Sekuat tenaga cuba menaikkan ampaian. Memang tak larat. Dah la beroda, bila sendengkan dia bergerak pula, bukannya makin tegak. Bertungkus lumus menegakkan dengan syafiq. Kuat manalah daya tenaga si kecik 4 tahun tu pun..
Cubaan ketiga berhasil.. Fuhh sampai habis tenaga rasanya duk angkat ampaian berat tu. kalut sebab baby ariz tinggal sendirian dalam kereta pun ye juga, padahal elok je sicomel makan epal sambil tengok ummi angkat berat. Mungkin turut bersorak"yeayy ummi turun lagi 2 kilo lepas ni"
Bila buka saja pintu syafiq terus buat pula hampa dan kecewa yang teramat sangat
Syafiq: alaaa apit lupa la nak ambik spender kat bilik air cikgu
Ummi:ha???( naik dua oktaf suara ummi)
Syafiq:(shepender) ... Dengan pelat nya dia cuba bagi ummi paham
Ummi: awak berak kat sekolah ye? dah tu kenapa tak pakai semula?
Syafiq: ada ta*k.. ( buat muka sedih)
Ummi: laaa dah tu seluar sape apit pakai tu?
Syafiq: apit kat shakit pelut.. Seluar apit la tapi spender dah kena ta**.. Lupa nak bawa balik
Ummi: takpelah nanti ummi call cikgu z...
Haha.. Tak kuasa la ummi call cikgu dik. Silap-silap dah masuk tong sampah dah spender tu. ada hasil.. Sape pulak nak simpankan..ye tak?
DIA MEMANG CIRIT BIRIT SEJAK PAGI TADI .. Dua tiga kali ulang alik ke tandas. Tapi sebab minggu ni dia exam hantar la juga
Ummi:Haihh rugi satu spender.. Lain kali beli spender mydin atau giant je bagi pakai kat sekolah. Atau pun beli kat pasar malam.. Kalau selalu camni botak ayah kau. Bla bla bla( ummi bebel sorang2)
Syafiq: ooo pasar malam ada jual spender ye? Nak beli malam ni..( buat muka comel)
Eh eh dia dengar kita bebel-bebel rupanya. Rasa nak gelak pun ada, mujur dia tak angkut spender yang ada hasil tu masuk dalam beg .. Ahaha
Nota kaki: apit-4 tahun.

6 comments:
hahaha...shepender..lawaks la syafiq...hehehe
aish blm pakai spender lagi...xpnh hayat beli spender utk anak laki tau LM...adala jgk pengalaman nti
Huhu... anak.. anak...
Betul juga cuba kalau dia bawa masuk beg seluar ada hasil tu mahu kena beli buku baru dahlah nak habis sekolah ni:)
kesiannya apit kena cirit birit...ada silap makan pe2 kot...
Hahaha...alamak camne seluar kecik bole tetinggal tu apit...hadoi bikin aunty gelak je petang2 camni ^_^
ala ksiannya apit..ahhaa
shepender. very the mat salleh. hihi
Post a Comment