Friday, October 9, 2015

Misi Jom Kurus-Day 1

Assalamualaikum..

Yuhuuu ... Mood merundum. Nak makan pun tak syok Allah tarik nikmat sedap bila mulut penuh ulser. Budak yang kena sakit tangan kaki dan mulut tu dah nampak elok ummi tak baik-baik sebab tak gi klinik.. Sobsss

Mungkin... Dengan ada ulser dekat dengan gusi dan bibir tu jadi penyebab merencatkan selera makan dan esok lusa boleh kurus kot? Kuang kuang kuang~

Ops dah merebang entah ke mana. Okey-okey.. Berikutan diri sendiri dah mula sentap terlihat bonggolan 'indah' belakang badan diri sendiri dalam cermin kedai mamak maka baiklah sedar diri..

Antara perkara yang jadi satu perkara utama dalam meneruskan misi kurus dengan pantas ni adalah....



Yes... Tali skipping.

Lompat! Lompat!! Haaa terkial-kial melompat dengan badan yang macam guni nangka ni. Aduhai..

Ops nak berskippang bagai ni pastikan pakai stokin dan kasut ye. Tu nasihat kat diri sendiri. Kaki LM ni ada masalah sikit. Tak boleh terlebih hentak. Maka.. Kena pastikan ciri keselamatan tu sebaik mungkin.

Selain skipping buat apa?

Esok la pula kita update eh? Mana boleh banyak- banyak nanti korang yang nak follow terlupa pula sebab banyak sangat info.

Ceh ada ke yang nak follow? Takda pin kan?  Sendiri buat formula nak slim dengan pantas, sendiri lah buat. Tiap badan manusia ni berbeza. Ada yang cepat ada yang lambat. Macam LM ni tak boleh diet sebab menyusukan baby ariz. memang kena makan nasi sehari 3-4 kali.. So, kena seimbangkan ambik kalori banyak mana, bersenam tu bakar banyak mana, pump susu dapat 1 oz tu berapa kalori terbakar.. Semua kena kira sebab ambik karbo.. Tak boleh la nak senyum macam masa buat Diet Atkins dulu-dulu. Senyum kambing 6-7 kilo bole hilang dalam tak sampai 5 minggu je. 

Bila ambik karbo, makan buah.. Makan segalanya, memang lambat la sikit nak selim. Tapi tak mustahil sebab ikut pengalaman lalu LM mampu kurangkan dari 63kg -54 kg dalam masa tak sampai tiga bulan. Hanya senam tanpa stop ambik karbo. Masa tu acha belum setahun. Baya-baya baby ariz la juga..

Ada yang punyai misi macam LM juga? Good luck ye korang. Doakan LM juga. Dah merana tumit ni sakit nak memijak lantai. Maka ubat untuk sakit tumit ni adalah kena kurangkan berat badan. Tu je.

Jom imbas kembali..

Berat semalam-58.8kg
Berat harini-58.4kg

Target:52-50kg

Haha kenapa ada kurang sikit tu? Elehh baru senam angkat peha sikit semalam depan tv, tu lah sebab turun sikit kot? Lalala.. Takpelah.. Syukur ada penurunan.

Sarapan: nasi lemak 1/3 bungkus, telur mata 1/2 biji+1/4 biji telur rebus.+ milo kurang manis

Lunch: nasi putih, ayam kurma 1 ketul kecil,1/2 ekor ikan (anggaran 1/2 tapak tanan)+ 1/4 biji kentang. 

Minum petang: teh panas kurang manis + roti dua keping.

Dinner:nasi+ ikan+ ulam.

Sebelum tidur: milo/susu 

Amaran: jangan ikut corak pemakanan LM andai anda tidak menyusukan baby ye. Tapi kalau nak makan macam ni banyak boleh je cuma korang bakarlah kalori lebih sikit. LM ni bab senam agak malas.. Kejap je dah letih, tu yang bakar kalori cara lain selain ..

Ayat-ayat hati yang sentap: benci betul tengok belakang badan terbonjol lemak. Makan hati wehh. Grrr

Ayat penyedap hati: takpe.. Usaha lagi agar cepat selim. Ekeke






www.tips-fb.com

2 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

gud luck kak. takpe kurus nak sihat tu nanti mesti Allah permudah ;)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau nak seribu daya diusahakan, LM. Kalau hangat-hangat tahi ayam macam saya ni memang lambatlah inci tu nak berkurangan ^_^ Makan tahunlah jawabnya! Inci tau bukan kg *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...