Monday, October 12, 2015

Pasar Tani MARDI

Assalamualaikum..

Pasar tani..
Dulu.. Sebelum si kakak busy dengan UPSR hampir tiap minggu hari sabtu kami ke pasar tani ni. Bukan projek angkut sayur dan ikan tapi projek nak cari sarapan intai kot la ada kuih muih tradisional yang berjaya memancing anak tekak. Ehehe

Sayur dan ikan memang kami tak beli.. Mahal oi. Nak-nak bagi kami yang dah biasa beli sayur di pasar borong, segar dan murah berlipat kali ganda dari pasar tani. Ikan fresh pun banyak dijual lori ikan di taman u. Maka kalau ke pasar tani memang tak beli pun sayur..

Apa yang best? 

Dah namanya MARDI.. Sah la banyak anak pokok buah bagai kan...


Intai kot ada anak pokok yang menarik. Biasalah.. Nak kena jalan jauh guna mei tai saja, tak yah usung stroller tempat gini. Kena air ikan nanges ooo..

Makanan mahal juga, takat nasi lemak dan sambal kerang ciput dah rm4.50. Baik buat sendiri... Dah la nasi sikit dan bilis liat jenis murah. Tapi..

Kuih muih tradisional masih ada yang berbaloi dibeli. Dulu selalu beli dangai.. Memang sedap tapi haritu tak jumpa pun orang tu. dah tak berjual atau dah tukar tempat.. Hurmm

Pakaian pun ada dijual. Kalau nak intai telekung atau tudung serta baju bagai boleh la jenguk sana sini. Tapi LM pernah tanya segelai blouse labuh pun rm70 lebih. Ahaaa tahap pasar tani harga gitu babai la .. Dah la takda jenama. Macam tak masuk akal je kot? Kalau kain jenis best takpa la jugak. 

Beza dulu dan sekarang..

Sangat berbeza ya amat! 
Dulu kalau jalan kena elak sana sini. Sejak awal tahun ni kalau datang pasar tani ni memang dapat jalan dengan tenang sebab dah tak ramai orang. Sebab penangan kenaikan harga barang ke? Mungkin juga.. Ye la kalau satu kepala makan harga lebih rm6-7 yang anak ramai macam kami ni kena labur berapa pula untuk sarapan di situ? Dah la kena berebut meja dan kerusi. Payah nak basuh tangan, panas tanpa kipas.. Banyak alasan kan? Aha.. Si kakak sulung la bising marah panas tak selesa. Bau busuk dari tempat jual ikan pun buat dia sakit kepala. Ehehe..

Tanpa dapat dangai, tak dapat nasi goreng kerabu .. Maka misi terjah pasar tani kali ni setelah sekian lama tak datang gagal. Yang berbaloi hanya dapat borong tembikai rm10 untuk 4 biji. Tu sangat berbaloi sebab aritu beli kat pasar rm11 untuk sebiji saiz yang sama. 





www.tips-fb.com

6 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

terus tekan entry ni bila LM sebut pasar tani mardi, jadi buat di mardi serdang tu ya nak pergi jugalah nanti, takla jauh mana dari rumah saya ni.. memang kena berkira beli barang basah sekarang, harga semua makin naik..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betul kenaikan harga buat semua org berkira-kira nak membeli. Bukan pasar tani aje org kurang kalau perasan di shopping complex pun sama. Kalau kat JBN ni yg ramai tu org seberang tambak bukan org JB.

Lea Ismail said...Reply To This Comment

suka pergi pasar mcm ni dpt jumpa kuih2 tradisional.tu yg best tu.

Ann Ishak said...Reply To This Comment

haah betul, pasar tadi ke pasar pagi ke semua barang mahal...kalau saya, beli dekat mini market/kedai runcit lagi murah. terasa sangat peniaga2 dekat pasar tani letak harga melambung tinggi

Kira Sakura said...Reply To This Comment

aah barang kat pasar tani mahal dah berbanding dulu. beza banyak betoi. ktorang ni mujur kat sini ikan sayur semua tu masih dapat murah. dekat pulak dekat jeti naik ikan tu. dapat la harga murah sikit dan yang penting ikan mata belum merah lagi kalau duduk tempat lain tatau la nak menangis macam mana dah huuuuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dah lama tak pergi ke pasar tani. Dulu selalu jugalah cari ikan di pasar tani. Lagi pun ada banyak produk bumiputera yang tak pernah lihat di tempat lain. Sejak kenaikan harga ni memang tak pernah lagi pergi pasar tani. Pergi mana dapat aje sekitar rumah dan murah harganya.

Saya selalu terkena tau LM beli tembikar murah tetiba balik rumah tengok isinya mengecewakan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...