Saturday, October 17, 2015

Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral

Assalamualaikum...

Hajat pagi tadi nak buat pasport untuk baby ariz di putrajaya tidak kesampaian bila pejabat imigresen tutup pada hari ini iaitu sabtu. Dari pembacaan katanya pejabat imigresen dibuka pada hari ini rupanya dah tak beroperasi pada hari sabtu. Kononnya nak ke UTC jauh dan tak mau mengadap jem. Tapi kena juga ke Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral


Dah lama tak ke pudu raya. Dulu pudu sentral ni dipanggil pudu raya. Tak sangka cantik dah pudu sentral sekarang. Bersih je tak macam dulu.

UTC ni berada di tingkat dua. Naik lift untuk ke sana. Di sebabkan takda parking di situ kami terpaksa parking area china town. Letih juga menapak.. Haha. 

Bila sampai rasa nak pitam dah. Punya lah ramai manusia. Dalam dan luar penuh. Tapi.. Jangan risau, ada sudut membaca untuk anak-anak. Di situ ada banyak buku dan disediakan karpet untuk anak-anak membaca agar tidak bosan menanti giliran.

Ada juga bilik menyusu. Siap ada sofa lagi. Ada juga tikar. Bagi yang suka menyusukan di sofa boleh tersenyum riang. Memang selesa dan bersih biliknya. 

Mujur baby ariz masih kecil. Keutamaan diberikan kepada baby, orang tua dan oku. Maka urusannya tak lama. Sekejap saja dah siap. 

Sambil si ayah beratur ambil nombor ummi arah anal ke sudut membaca dan pergi menyusukan baby ariz. baru dua tiga kali sedut ayah dah panggil katanya nombor baby lagi satu giliran saja akan dipanggil. Wah cepatnya?

Pegawai yang melayani kami amatlah peramah. Baik dan mesra. Berbeza betul dengan layanan di pejabat imigresen di tempat kelahiran LM. Muka masam mencuka macam nak telan orang. Grrr

Dengan penuh kesabaran pegawai tu cuba snap gambar baby ariz. dia kata baby memang susah nak ambil gambar.. Berkali- kali.. Dia cuma gelak bila mata baby kejap ke atas, kejap ke tepi.. Last-last si ayah letak handphone di tepi camera. Barulah baby nak pandang camera. Haish baby ariz ni.. Payah nya nak pandang camera. Kalau takda dinding boleh berdiri belakang camera dan panggil dia. Masalahnya ada dinding pula. Takpelah.. Mujur dapat pegawai yang amat ceria dan peramah, kita tak stress dia pun tak mencuka masam kerana nak cepat siap.

Lepas tu terus ke kaunter 9 untuk buat bayaran..

Kita blurkan la gambar orang tu ye.. Nanti kena saman pula.. Hehe


Tak lama lepas tu pasport pun siap. Yeayy baby ariz dah ada pasport. Ops ummi pula yang melompat gembira. Ehehehe..

Letih tau dukung baby ariz dari area atas china town tu sampai pudu sentral. Mujur bawa mei tai tak la terasa lenguh tangan ni. Balik tu singgah makan kfc dulu pujuk anak-anak untuk terus menapak ke tempat parking . Syafiq dah seret-seret kaki dah . Lepas makan semua ceria. Si ayah nak mengintai di china town lelaju LM tegah sebab dah letih. "Takmo la.. Saya nak balik, orang lain sibuk boikot china town kita pulak nak masuk" bebel LM. Haha padahal malas nak jalan. Kalau masuk sah la dua tiga helai not 50 melayang$$$$. entah apa2 disambar. Padahal benda tu semua dah la tak ori. Haish haishh.

Letih sungguh..lepas tu ke jalan pasar pula repair barang. Kami tunggu dalam kereta je. Tak larat nak layan baby dan syafiq yang mak aihh aktifnya. Haha..


www.tips-fb.com

1 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

wah, nampaknya dah ada plan untuk cuti sekolah nanti ya, ke manalah tu pulak yer? baby ariz good boy dia..mudah selesai urusan umi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...