Friday, October 16, 2015

Resepi Ayam Goreng Style Mamak

Assalamualaikum..

Ayam Goreng Style Mamak ni memang jadi kegemaran anak-anak LM. Kalau pergi sarapan tu dua tiga ketul mereka rembat kat kedai mamak tu. Kalau setakat makan roti canai dan roti telur tak la 'gah' sangat harganya tapi bila dicampur dua tiga ketul ayam goreng yang harga rm4.00-4.50 seketul terus la jadi rm30 lebih sekali makan sekeluarga

Sejak kerap buat ayam goreng ni memang anak- anak jarang nak sambar ayam mamak tu


Sebelum ni rasanya LM pernah share satu resepi ayam goreng mamak ni, tapi kali ni LM guna resepi lain pula dan nampak lebih rangup. 

Bahan:
1 ekor ayam( potong kecil)
1 biji telur
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil ketumbar*
1/2 sudu kecil jintan putih*
Garam
1/2 biji Bawang besar *
3-4biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2-3 biji cili merah*( ikut kepedasan sendiri)
1 sudu besar serbuk kunyit
Berapa helai daun kari
4-5 sudu besar tepung jagung

Kisar semua bahan bertanda( *). Gaul semuanya dan perap 30 minit. Goreng hingga masak. 

Bila letak cili merah warna dia pun cantik merah. Jika banyak, boleh kurangkan bahan perapan. Boleh juga dibuat beberapa bekas dan dibekukan. Jika ada tetamu mengejut boleh digoreng hidang dengan mee goreng pun sedap. 

Selamat mencuba.




www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tengok bahan yg diguna pun boleh dpt rasakan keenakkannya.
Aroma kena daun kari masa menggoreng pun dan semerbak satu dapur..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya pun selalu bekukan..lagi sedap tau..senang nak masak nanti..nak buat hari2 kadang2 malas nak kupas itu ini..

uncle gedek said...Reply To This Comment

Ayam goreng satu....

"SIAAAPPP"

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Bagos gak ek kalau di frozen kan bebila kalau teringin tinggal goreng je....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...