Saturday, October 17, 2015

Resepi Congo Bars Sedap

Assalamualaikum..

Pertama kali buat congo bars. Tak pernah makan apa lagi nak kata membuatnya.Memang takda ilmu langsung tentang pembuatan congo bars yang popular di kongsi teman-teman di alam maya ni. Maka.. LM selongkar google sana sini terjumpa Resepi Congo Bars Sedap ni




Tak sabar nak rasa, maka terus potong sebaik sahaja keluar dari oven. Serius gelojoh kan? Haha

Sejak beberapa minggu lepas teringin sangat nak makan. Kalau beli tak cukup kot sebab kami kan ramai. Nak makan puas kena modal besar, maka baiklah godek-godek tepung sendiri campak dalam oven. LM terjumpa resepi dari blog ibu cergas kalau tak silap. Katanya dia ambil dari blog kak ita masam manis.

LM minta izin tulis semula resepinya supaya insan yang teringin nak cuba makan dan buat dapat buat dengan jayanya.

Bahan
315gram tepung gandum
21/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Ayak semuanya

150 gram butter
3 biji telur
250 gram gula perang( saja LM kurangkan dari resepi asal)
-kacau butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan essn vanila.Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. 

Masukkan 250gram coklat cips, 1 cawan kekacang(LM guna badam cincang ).tuang dalam loyang dan boleh tabur kekacang di atasnya. LM tabur badam cincang dan kuaci labu. 

Eh mudah je buatnya, lain kali nak campur walnut la..ni sebab buat malam berebut dengan baby malas nak cincang walnut. 

P/s: tak tau la jadik ke tak tapi anak2 makan dengan seronok tak komplen apa pun. 




www.tips-fb.com

2 comments:

Elya Roza said...Reply To This Comment

kite tak pandai bake..
pandai makan jee..
impress betol dgn org pandai baking ni..ehehehe

Miss PIJAOSIX said...Reply To This Comment

salam jiran lama..

lama saya x jenguk blog blog ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...