Friday, October 23, 2015

Resepi Mudah Ikan Percik

Assalamualaikum..

LM nak share Resepi Mudah Ikan Percik, memandangkan tadi LM dah cerita LM buatkan ikan percik untuk menu lunch anak-anak.

Bahan:
1 kg ikan kembung
Caranya: lumurkan dengan kunyit dan garam. Bakar ikan tersebut hingga separuh masak. Apabila dah separuh masak tuangkan sesudu dua kuah percik ke atas ikan di kedua bahagian ikan. Bakar hingga ikan masak. 

Lebihan kuah tadi boleh dituang ke atas ikan setelah siap dibakar. 

Kuah percik:
10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai( titik)
Sekeping asam keping
Gula melaka/gula perang secukup rasa
Garam
2 cawan santan

Caranya: kisar cili, bawang dan serai. Masukkan semua bahan dan kacau hingga kuah pekat. Masukkan gula dan garam. LM letak gula perang sebab gula melaka dah habis. Disebabkan LM guna asam keping, siap saja masak LM terus buang asam tersebut supaya kuah tidak masam( asam keping kan kembang). Boleh ganti dengan asam jawa jika suka. LM campur dua sudu tepung beras ke dalam kuah untuk memekatkan kuah. Terpulang, jika tak buat pun takpa.

Alhamdulillah campak-campak pun anak selera makan. Syukur.. 

Maka kempen jom makan ikan di rumah ni berjalan lancar nampaknya. Menu ayam boleh dikurangkan demi menjaga kesihatan tubuh badan.. Payah nak didik anak makan ikan, anak yang dua besar ni cuma makan tenggiri, siakap , pari,kerapu dan ikan merah. Tu yang slow-slow ajar mereka minat pada ikan. 

Kalau setakat sambal, masak tauchu.. Kerap sangat pun mereka jemu juga. Kena pelbagaikan menu agar tak la mulutnya asik tanya ayam? Ayam? Haha..

Nota kaki: aqilah dan syafiq memang suka ikan sebab kebetulan masa hamilkan qila tinggal di ganu mudah dapat ikan fresh. Syafiq pula masa di doha pun mudah dapat ikan fresh. Dari dalam perut dah didik makan ikan tu yang sampai besar kurang suka ayam berbanding si kakak sulung dan abang yang asik nak ayam. 
www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Nasib la anak akak yg kecik tu lebih suka makan ikan dari ayam LM....kalau kasi dia udang sotong ketam sume dia tak makan suka ikan je kalau ayam makan pon sesikit je

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun cuba kurangkan menu ayam di rumah dek kerana Bubbly Abang. Alhamdulillah, bolehlah dia terima walaupun tak semua jenis ikan yang disukainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...