Monday, October 19, 2015

Rompakan Bersenjata

Assalamualaikum..

Dapat sms dari suami katanya baru tadi berlaku rompakan bersenjata(berparang) di lorong sebelah rumah kami. Tiga buah rumah terlibat.

Hati rasa macam nak gugur. Ye lah baca sms tu selepas part time maid balik. Sepanjanh dia buat kerja pintu terbuka sebab dia keluar masuk. Mujur kami sekeluarga dilindungi. 

Kes samun bersenjata di siang hari area sini rasanya baru ini yang pertama. Moga Allah lindungi kami semua, amin.

Time bila yang selamat kalau nak buang sampah di luar rumah? Dua minggu lepas kot.. Suri rumah buang sampah kena area bangi dan kajang. Agaknya dorang ni memang duk meronda je cari mangsa yang leka. Huhu


www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Menakutkannnn....nasib baik cik boss dah tolong buangkan sampah siap2 sebelom pi keje jadi tak payah le akak keluar rumah...pokok bunga akak pon banyak yg dah kiok tak bersiram selalu...akak bab2 camni memang seriau....dah le depan rumah ni jalan mati sunyi gile2 ar

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

alahai risaunya dengar kes macam ni..moga kita dijauhkan daripada perkara2 yang tak elok ni.. kena banyak2 beringat dan moga pihak polis pun buat lebih rondaan..

Bunda_nora said...Reply To This Comment

Kat tempat bunda pun macam2 hal berlaku...kes pecah rumah, kecurian...yang baru2 ni konon nya ada ibu yang bawa anak kecil menangis2 depan gate minta tolong konon suami tiggalkan mereka... sebenarnya ada satu kereta menuggu tak jauh dari situ..dengan niat untuk merompak, .haii!!...macam2 sekarang ni kan...senang sangat mereka nak buat duit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...