Friday, October 23, 2015

Rutin Seperti Biasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  Rutin Seperti Biasa.Anak-anak dah kembali ke sekolah hari ini. Memandangkan pentadbiran sekolah risau minggu hadapan ada cuti jerebu lagi maka hari ini anak-anak tahun 4-5 akan memulakan exam mereka. Harap peperiksaan berjalan lancar hingga tamat, kesian anak-anak...

Rutin pagi macam biasa, kejutkan anak, buat kan bekal, siapkan air dan sarapan. Nestum untuk dua anak dara dan milo untuk anak bujang. Lain anak lain citarasa.. Layankan sajalah walau agak leceh nak kena buat dua jenis air. 

Siap bekal mereka bancuh susu syafiq,kena susukan dulu sebelum ke sekolah agar perut kenyang hati gumbira. Tak moody dikejutkan nanti.. Hihi

Perut berdondang sayang, lapar ya amat. Sobss. Nampaknya buah kiwi dua biji yang daku telan sebelum tidur tak mampu mengalas perut ini. Rasanya sekali je baby ariz bangun menyusu tapi terganggu tidur sebab baju basah akibat susu mengalir . Macam dalam pantang la pula.. Huhu

Okey.. Jom lah kita mendobi. Cepat mendobi cepat baju kering agar lepas zohor boleh lipat baju. 

Salam jumaat buat semua. Jangan lupa baca surah al kahfi bagi yang belum baca ye. 


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Apalah yg lebih menggembirakan bila semua berjalan lancar
Sibuk sikit tak apa janji semuanya sihat.

hainom OKje said...Reply To This Comment

Anak anak gembira, mak pun grmbira, itu yg penting LM. Tapi lebih bagus kalau kurang kerja mama hihi...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Janji anak-anak gembira, kita pun senang hati walaupun banyak kerja nak dibuat. Hari ni saya hantar anak macam biasa tapi sekolah tetap tutup entah sebab apa. Suruh si Bubbly Abang tanya pada guard bila sampai ke telinga saya macam konpius pulak sebab-musababnya kenapa sekolah tutup hari ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...