Monday, October 12, 2015

Solid Food-Bubur Nasi Bersama Ayam Dan Oat

Assalamualaikum...

Bubur.. Wah sejak baby ariz dah tujuh bulan gigih buat bubur sebab dia ada selera nak makan berbeza sungguh dengan syafiq dan aqilah dulu. Mereka berdua tu memang dikira tak makan. Buat bubur tiap hari makan sesuap dua je lepas tu buang.. Sobss


Untuk menu semalam LM buatkan dia bubur nasi campur sikit bayam, oat dan ayam. Alhamdulillah nampak berselera dia makan. Tak perlu kita cucuk mulut dengan sudu dia yang buka mulut luas-luas minta disuap. 

Buat permulaan, LM tak bagi dia makan banyak pun untuk tiap sesi. Bagi dalam dua-tiga  sudu besar je. LM suap dia makan sehari tiga kali. 

Orang aktif, kenalah top up 'minyak' selalu..

Maka.. Masa untuk dia lebih berganda berbanding dulu. Tiga kali suap makan tu dah berapa jam mengadap dia. Siap makan atas buaian dia luar, atau makan depan gate sambil tengok abang main basikal.. Atau makan sambil tengok kucing main bola terlompat-lompat..

Beria baby makan ni kena banyak sabar. Kalau tak sabar dan harap cepat habis memang tak boleh la. sebab tu LM bawa dia makan di luar atau sambil bagi dia tengok buku atau menonton tv. 

"Sedap ke?" Tiap sorang mesti duk tanya. Kejap akak dia ,kejap abang..

Kalau tak sedap takkan adik makan laju je habis. Dan.. Takkan la ummi nak bagi anak dia benda merapu dan tak berkhasiat. Zaman kini masih ada lagi gigih bagi anak tepung jagung bancuh dalam susu tau. Bagi LM tak teramak la pula nak bagi tepung jagung. Kalau tepung beras dimasak macam orang buat bubur sumsum tu sedap la jugak kot? 

Entah la.. Pendapat dan pendirian masing-masing. Anak baru lahir dah sua tepung jagung nestum bagai. Dah la nestum tu manis.. Huhu.. Kesian perut anak nak kena proses segala benda berat tu . 

Bagi anak yang dah besar baby ariz boleh la diberi solid food sebegini. Busy kerja? Takpe awak boleh buat banyak jenis dan frozenkan. Macam LM ni sekali kembangkan bubur terus buat dua tiga jenis. Ada yang letak bilis, letak ayam.. So terus simpan dalam bekas kecil dan bekukan. Tahan dua tiga hari dan anak dapat makan pelbagai rasa, tak la jemu.

'Malasnya awak buat bubur stok dua tiga hari?'

-bergantung pada individu. Kalau rajin korang buat la hari-hari. LM ni malas dan nak mudah. Anak ada lima weh tak kuasa aku nak duk dapur 24 jam. Dari 5.30 pagi aku dah pegang sudip tau!

Kalau dah ada cara mudah dan cepat baik LM guna cara tu. bukan basi pun, simpan kedap dan bekukan. Nak makan luar terus je defrost dan angkut bawa sekali supaya tak la awak makan nasi goreng anak terjerit-jerit minta makan.

Puree buah dah tak buat dah sebab baby ariz dah makan buah yang dipotong-potong sumbat dalam vege/food feeder. Nanti LM share rupa dia camne ye. Mudah dan tak tercekik, main nyot nyot isap je.


www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

akak pon selalu buat lebih2 dan beku kan LM ....dgn alasan yg sama gak tak kuasa dan nak jimat gas pon ye gak....kuikuikui...izara dulu pon berselera gak makan bubur campor sayo...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

alhamdulilah masa uwais dulu mak ngasuh dia kata xpayah buat bubur kat anak. sebab dia kesian masa tu kira sorang je kat sini. sorang je nak urus diri sendiri, urus rumah, urus anak lagi. dia kata bubur biar dia yang masak untuk anak. puree buah je kira bekalkan dlu hari2. sama la sekali weekend maraton buat untuk stok seminggu terus. senang.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Siapa yang rajin nak buat hari-hari kalau boleh bekukan aje untuk 2-3 harikan. Jimat tenaga di situ. Boleh uruskan hal anak-anak yang lain pulak. Kalau nak mengadap dapur gas aje 24-7 memang tidaklah. Lagi-lagi orang yang malas macam saya. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...