Wednesday, October 7, 2015

Sorok Najis Sendiri Wei

Salam...

Aduhai time jerebu ni sibuk nak cerita bab najis dah kenapa LM?

Elehhh geli konon, korang makan tak buang najis ke? Simpan jadi lemak semuanya? Lumrah la manusia ke haiwan ke ada najis

Cerita nya begini. Al kisah masa buat kenduri aqiqah dan kesyukuran sempena kehadiran baby ariz dalam keluarga kami aritu terjadi satu kisah yang kurang syok di dengar. 

Kisah apa?

Tengah hari.. Kecoh-kecoh dengar ayanda tercinta membebel kena angkat dua baldi air curah najis orang lain . Tandas duduk kot kat rumah kami tu, tapi bila ayahnda yang baru lepas operation( buang tumor) tak boleh angkat berat kena angkat dua baldi air nak longsor najis orang lain , LM dengar pun nak maki weh!

Ayahnda nak guna tandas tup tup ada 'hasil pembuangan' dengan saiz yang cukup besar kat situ. Dia cuba flush tapi tak jalan.. Dah tersangkut. Bila ayah tadah 1/2 baldi air siram tetap tak getak juga 'hasil' tu. terpaksa tadah sebaldi penuh lagi dengan menahan bau 'hasil' yang terapung dan dah kembang tu. 

Dua baldi menyiram baru selesai..

Kesianlah ayahnda..

"Biasanya najis besar ni tuan dia besar juga.." Haha ayat ayahnda ni memang tak boleh blah. Kami pakat gelak je la. 

Ayahnda dan LM boleh agak siapa punya angkara tapi malas la nak bahas sebab nanti ada yang kecil hati. 

Tapi.. Najis sendiri pandai2 la urus kot..

Kau dah membuang kalau tak selesai benda tu kau urus la sampai selesai. Jangan la bagi orang lain tengok najis kau pulak!

Marah?
Marah la wei.. Ingat ni tandas awam ke! Tandas awam pun aku tak buat kerja dah membuang tinggal je tau! Ngok betul.

Lagi marah sebab ayah aku tu baru lepas operation tak boleh angkat berat! Grrr

Lagi satu kes..
Rumah kami yang di johor tu kami jadikan homestay. Bila bonda nak cuci tengok najis kering2 kat tandas kedua di dapur. Dia ingat kot la habuk rokok, rupanya najis dah kering. Puas menggonyoh nak bersihkan. Ceh dasar pengotor!

Dengan lantai bilik mandi najis kuning2 bersepah. Bonda nak mop tadah air dia ingat apa yang kuning2 bertepek rupanya  najis . Hai la manusia, walau kau bayar sewa jaga la kebersihan. Kau islam kami pun islam. Najis tu!!

Sampai lantai bilik mandi bersepah najis apa kes? Cebuk anak berak terus tinggal ke apa? Haiya.. Dasar pengotor! Pelik la manusia yang suka bagi orang lain tengok najis mereka ni. Islam itu amat mementingkan kebersihan. Ingat tu!

Takkan bab najis pun orang nak ingatkan dan ajar kot? Fikir2 kan lah.

Dengar perkataan najis pun geli kan? Dah tu... Urus la sendiri hasil korang agar orang tak nampak. Susah ke?
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Rumah sendiri entah macam manalah agaknya.
Jenis pengotorlah tu..

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Orang camni pon ada ek....watdehek sgt perangai tu...pengotor tak bole blah...sendiri berak sendiri kasi bersih la....

Diana Rashid said...Reply To This Comment

eiii...buat taik kat rumah orang...memang kalau saya pun marah..hhheheh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tapikan orang macam ni, bila dengar kita bercakap pasal najis, dia yang 'meremang' dulu; kononnya gelilah. Saya betul-betullah tak faham sesetengah manusia ni. Saya kalau tidur kat hotel pun, saya kasi bersih bilik air. Jangan ada tertinggal apa-apa mahupun bau air kencing anak ke apa! Kalau boleh sental, memang saya sental bersih!

Kat pejabat saya pun sama, LM. Katanya orang Jepun. Patutnya washroom tu pun bersihlah. Orang Jepun kan bersih-bersih belaka. Tapi saya ni selalu aje terkena. Asal saya nak terkucil tak tahan tetiba tengok alahai melambak saki-baki najis tepi-tepi bucu. Nak masuk pun dah loya. Tapi kalau tak masuk, terkucil kat luar bilik air pulak!

Saya rasa dalam kes melibatkan ayah LM ni, si pembuang najis dah cuba jirus tapi dia tak perasan najisnya timbul semula tak pun sebab kata LM mega besar saiznya, dah dicuba tapi tak juga 'tenggelam-tenggelam'. Itu yang dia fed up, suruh orang lain selesaikan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...