Thursday, October 22, 2015

Susun Atur-Cara Melipat Baju Dengan Kemas

Assalamuaikum.. 


Lipat baju? Malas? Tak cantik? Dah siap lipat nampak tak senonoh? Ada kecik ada  besar?
Susun Atur-Cara Melipat Baju Dengan Kemas 

Serius LM sangat malas nak lipat baju sebelum ni. Tersangat cemburu pada orang yang pandai melipat dengan kemas dan almari baju nya amat kemas tersusun. kalau lipat ada kecik ada besar sah la susunan di dalam almari tak sama besar.  betul tak?

Sebelum ni  LM siap beli alar melipat baju tu lagi. Ala.. Yang ada iklan dalam fb dan dan tv tu.. Rm60 pun LM sanggup beli sebab nak pupuk minat melipat baju. Tapi kejap je terkopak. Haishh rugi je. 

Lepas tu beli pula di diy. Murah beb! Rm5 je kalau tak silap. Tapi malu pula nak guna kalau melipat depan tetamu walau pun mak sendiri. Lipat baju guna alat? Nampak sangat diri ku ini tak reti lipat dengan kemas sampai nak kena guna alat. Takmo la tunjuk kat orang. Segan wehh. 

Maka.. LM dah cuba pelbagai cara, fikir punya fikir terhasil lah cara ini mengikut kesesuaian saiz  dan kelebaran almari baju kami. Kiranya dapat buat dua 'banggunan menyusun di dalam almari mengikut kelebarannya. Maka dapatlah buat 4 'banggunan'. 4 bahagian la maknanya. Eh apa korang panggil susunan baju yang dah meninggi tu. banggunan ke tingkat ke.. Tak kira la..

Step 1.

Guna dua jari dari tepi leher baju. 

Step 2

Lipatkan lengan baju kanan. Buat cara sama pada bahagian kiri pula.
Step 3

Ukur 2 jengkal dan lipat bahagian lebihan baju yang bawah. 
Step 4

Lipat dua. Maka ia akan jadi saiz sejengkal setelah dilipat dua.


Okey.. Ni dah siap lipat tiga helai.. Purple, biru dan oren.. Boleh la kan.. Takda la sama sangat saiznya tapi seragam la. tak la ada yang kecik, ada yang besar. 

Kalau t-shirt dewasa tu besar, lipat dua dulu baru lipat jadikan ia dua jengkal dan baru lipat lagi. Seluar pun sama je caranya. 


Tu cara LM.. Dah katanya malas nak lipat baju, maka kenalah jadikannya seronok dan cantik di mata. Di sebabkan kak zakie dan kawan-kawan nasihatkan LM agar suruh anak belajar melipat baju walau agak tak kemas. Biar badan ummi dia tak letih, maka terhasiah teknik melipat baju cara ini. Mudah si kakak nak lipat dengan kemas tanpa ummi selongkar dan kirai semula. Hehehe..


Ni cara LM, mungkin cara korang lebih cepat dan kemas. 

Ops cara hanger tak yah cerita la kan.. Keluarga kami besar, tak cukup hanger la kalau nak hanger semua baju termasuk pakaian basahan seharian. 

Abaikan jari montok gebu gebas tu ye. Haa bagi yg kuat mengopi dan mencuri entri orang sila bagi backlink. LM tak sempat buat watermark, ada yg curik gambar ni daku babap nanti. Tak halal dunia akhirat ye walau gambar tak cantik. 

Tata..





www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Kemas lipatan ikut cara ni....lain kali alak bole cuba ^_^

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya suka lipat pakaian, LM. Laalalalaaa..... Yang saya tak suka berlama-lamaan di dapur. Hahaha!

Saya takda teknik melipat pakaian. Saya lipat ikut suka hati saya. Asal kemas di mata saya okeylah. Tapi saya pun ada habit buruk ~ tak benarkan orang lain lipat pakaian dalam rumah saya. Kalau ada yang melipat, hati saya jadi sakit. Dan-dan tu juga saya selongkar semua pakaian yang baru lipat dan lipat semula!

Emak saya pun pernah kecil hati sebab saya buat begini. Kakak Ngah saya pun banyak kali kena sebab dia buat derk aje dengan amaran saya jangan lipat pakaian saya! Lama-lama tak kuasa dah kakak nak tolong saya. Lantaklah agaknya kata dalam hatinya!

Saya pernah tengok rancangan Korea tau macamana nak lipat baju gaya yang LM tunjuk ni. Memang kemas. Cuma saya takda masa nak mengaplikasikannya aje @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...