Tuesday, October 13, 2015

Taik Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Lama betul rasanya diri ni tak buat nasi lemak untuk keluarga. Selalunya apa yang jadi penghalang sebab lupa nak petik daun pandan, bangun pukul 5.30 pagi takkan nak gi petik kot? Naya je takut terpetik bulu kaki cik pontianak nanti..( eh apa kau merapu ni LM?)

LM ni penakut. Tak kuasa la nak keluar pagi-pagi tu. tapi.. Sejak akhir-akhir ni selalu je tak jadi buat nasi lemak sebab ikan bilis tak berbelah. Bila ada yang dah siap belah gatal je jari ni buat sambal hitam pahang la, sambal bilis cili api la...

LM cukup ngeri kalau dihidang ikan bilis yang bertaik. Erkk ngeri okey! Memang tolak tepi la. 

Kalau ikan bilis jenis kecil putih2 yang mata biru macam kat pangkor tu boleh la lagi telan. Tapi kalau yang jenis tak halus mana masih mampu nak dibelah memang LM akan belah dan buang taiknya. 

Beli yang dah siap belah?

Sini payah nak dapat yang elok cantik lembut. Yang jenis keras coklat kehitaman tu banyak la. murah pulak tu.. Ada yang dalam rm20 dah siap belah. Kat sini nak dapat rm40 yang tak belah lagi pun payah. Memang puas meronda sana sini mencari ikan bilis lawa. Aritu jumpa kat pasar tani MARDI sambar la sikit..

Biasanya pergi pasar tani memang duk cari ikan bilis je la. Kalau tak takkan la gigih ke pasar tani dengkil jejauh tu untuk cari bilis yang elok. 

Nota kaki: bila umminya ngeri nak telan taik ikan bilis, anak2 pun sama juga. Ikan bilis memang akan buang ke tepi kalau beli nasi lemak. Peniaga ni memang gemar beli ikan bilis yang agak kecil kononnya sedap tapi bila ada taik memang sentap la nak menyuap. 
www.tips-fb.com

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Tulah masalahnya bila nasi lemak ni kan LM..
Selalu nya ikan bilis penuh dgn kelapa dan tahinya sekali..
Akak kalau beli nasi lemak.. anak2 minta jagn letak ikan bilis dan kacang..
Dorang kata, mama punya ikan bilis jer kita org mkn..
Akak baru ni pergi Lumut...
Apa lagi rembat ikan bilis yg siap belas..
Elok putih jer.. bila goreng pun rangup..
Akak rembat sekilo..
Puas hati.. nak pergi sana entah bila lagi..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bapak kakak pernah terbeli lontong di warung dekat kampung kakak aje pun dan kenal sekali ternampak ikan bilis tak buang taik terus dia tak makan semuanya dan sampai sekarang dia serik nak beli lontong warung tu. Walhal itu warung kawan dia. Mee gorengnya pun bapak tak takut dah nak beli. Kalau beli sekarang beli kuih ajelah..

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam LM,

akak kalau masak nasi lemak selalu tak letak daun pandan.. sebabnya bila pergi kedai lupa nak beli he..he.... kat rumah pulak takde tanam pokok pandan.. bagusnya LM ada pokok pandan sendiri.. akak pun kalau ikan bilis beli yang dah siap kopek.. tapi ambil yang mahal sikit sebab taknak yang ada taik tu..

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Mak sy mniaga nasik lemak. Stiap hari mak n abah sy mengopek ikan bilis. Kami pon sama bantu kopek. Kite jual pon tak gamak nk bg yg bertahi kn. Geli ckit.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Itu yang kat rumah saya laku sambal ikan bilis kebelakangan ni rasanya.. faktor ikan bilis sedap.. kirim mak mentua balik ke tapah bulan lepas. Ikan bilis ni dah siap belah, jenis yang warna cerah tapi rangup sedap bila dh goreng dan masuk sambal ikannya akan jadi elok lembut sedang. Kalau tak jarang ada ikan bilis kat rumah kami, atas faktor tak jumpa ikan bilis elok yang harga ok.. kalau sekali sekala beli yang rm 50 -60 sekg di pasar tani putra height ni pun takla selalu dapat yang jenis sedap bila dah siap masak tu... nak beli yang belum belah mmg takla sebab saya mmg malas nk kopek sekor2.. kalau ada taiknya memangla rasa hangin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...