Monday, October 26, 2015

Tempahan Roti

Assalamualaikum..

Minggu busy nampaknya minggu ini.Anak mula exam hari ni menggantikan exam yang tertunda akibat cuti jerebu minggu lepas. Semalam ada mendapat Tempahan Roti dari sahabat LM. Tu je la.


Takda apa yang menarik semalam, busy dengan keluarga, diri sendiri membelai diri di saloon dan juga membeli barangan dapur yang terpaksa mengharung ramainya kaum india di giant. Rasa macam nak balik je tapi takda barang pula nanti. Pelik.. Kenapa ramai sangat? Nak kata shopping baju taka kot? Tak nampak mereka beli baju anak di situ.. Ye lah baju raya takkan nak beli kat giant kan.. Mestilah mereka shopping kat tempat lain. Tapi memang hairan.. Ramai sangat india semalam. Shopping barang nak buat kuih raya kot?

Sejak pagi LM meroti sampai ke petang. Bila ada tempahan buat juga lah saja suka-suka.. 

Kebetulan pemilik saloon aka pengasas minyak aromaterapi bayu skin  ni nak toti tak manis, maka LM buatkan roti garlic dan cheese untuk  dia. Diet katanya.. 

Untuk kami ada roti kacang, roti cheese.. Boleh la sedekah sikit pada jiran dan buat stok sehari dua mengalas perut lapar lepas menyusukan baby ariz nanti. 

Roti simpul ni pun kami punya...

Alhamdulillah malas atau rajin je. Kalau rajin makan je roti kat kedai tu.. Hihi. Time malas orang order cheese tart tu kata takda barang, padahal malas nak buat. Ehehe..




www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sampai ada yg menempah ok juga kan boleh jadi business at home
Tak payah buka kedai. Kakak salute mereka yg busy duduk rumah pandai menjana pendapatan. Suka!

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya ni memanjanglah jawapannya malas, LM. Beli kat kedai lagi murah cuma ongkoslah sekarang makin pening kepala melihatnya!

Untunglah ada skil macam ni. Boleh berniaga dari rumah. Yang penting of courselah kena rajinkan!

Saya 'tersesat' kat Jalan TAR semalam dengan HD dan anak-anak. Tak pernah-pernah nak masuk area ni tau tetiba semalam dapat masuk tengok penuh alahai dengan kaum India berniaga sempena Deepavali katanya. Jomlah kita balik aje!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...