Friday, November 27, 2015

Aiskrim Malaysia :Aiskrim Kiwi

Assalamualaikum


Aiskrim Malaysia :Aiskrim Kiwi...
'Demam' aiskrim malaysia tak habis lagi. Keterujaan si ibu bila berjaya buat aiskrim malaysia lembut gebu makin menjadi-jadi. Ye lah selama ni walau buat guna air panas tetap tak lembut gini hasilnya. 

Anak-anak gembira tengok aiskrim warna warni dalam peti sejuk. Ops ada catuan juga supaya yang sorang ada asma tu tak kena gi jumpa doktor!

Asam boi, milo, horlick.. Dan hari ni top up lagi.. Ada tambahan iaitu KIWI. 

Plan nak potong tiga segi kiwi tu tapi malas. Maka LM kisar je semuanya..


Air gula sekilo yang LM masak dengan 4 sudu tepung jagung tu LM ambik
-air tu ikut kemanisan sendiri tau. Sebab 
Kalau buat milo kena tambah susu maka guna air gula ni sikit je. 

1.2 liter kisar dengan tiga biji kiwi. Rasakan tahap manis ikut tekak sendiri.. Kalau manis tambah air biasa. 

Nota kaki: jangan si syafiq mintak aiskrim ni tapi suruh buang bijik dah la.dia tu kalau angin tak baik makan buah naga atau kiwi ngamuk suruh buang biji. Aduhai anak.. Saja suruh ummi bertukar hijau agaknya!


www.tips-fb.com

8 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Betul tu ......kadang kadang nasib tak baik, tak lembutkan struktur aiskrim tu. Apa petua dia? Buh tepung jagung tu ke?
Mahal kos aiskrim ni LM Kiwi tu hihi

Sheila Adziz said...Reply To This Comment

uiks... kecur rasa ni... masam manis aiskrim ni

cik hani said...Reply To This Comment

Sedap oooo eskrim kiwi...

Kena pulak yang gebu huhuhu

Yana Libra said...Reply To This Comment

kalau kena buang bijik tu naya gak tu kak..hehe

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Kalau buat jual ni menangis bawah bantal terus sebab kiwi mahal...makan sendiri takpe lagi mahal lagi sedap...ekekekek

seraa rose said...Reply To This Comment

menarik.. aiskrim kiwi xpernah lg makan ni..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Maksud LM ni petua buat ais krim lembut ni guna air panas dan tambah tepung jagung ya?

Kira Sakura said...Reply To This Comment

ohhh tambah tepung jagung ek. boleh la try buat macam tu pulak lepas ni. pitam la kak nak buang bijik satu2 erkkkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...