Tuesday, November 17, 2015

Aktiviti Mandi Kolam

Assalamualaikum.. 

Kalau boleh anak-anak ni bila duduk hotel nak mandi kolam pagi petang, umminya saja yang tak larat nak layan.

Masa kat sarawak dulu tu hampir dua minggu kat sana tanpa jemu mereka mandi pagi petang. Part paling tak best bila kesan air meleleh habis satu rumah. Huhu. Masa kat miri tu apartment kami ada dua bilik air , kira okey lagi la. yang ni bilik air ada satu je maka kenalah bergilir mandi 4 orang tu.


Nampak? Yang paling kenit pun join sama. Pagi ni tak hujan.. So ummi baqa mereka swimming tengah hari lepas urus semua baju , siap masak siap makan terus bawa berendam.

Hajat hati LM nak kuak lentang la seround.. Tak dapat kuak lentang dapat kuak kupu-kupu pun jadik la kan? eceh..

Haha tapi bila fikir kalau semua basah payah pula nanti siapa nak urus baby ariz? Baby ariz perlu mandi cepat dan tukar pakaian kering agar tak kesejukan. Terpaksalah ummi pendam niat hati tu.. Huhu


Bila kakak sulung jaga baby tak dapat lah dia ke tempat dalam .. Sini paling dalam pun 160cm je. Paras kepala kakak sulung juga tu.. Huhu

Eh lima? Jap kira balik.. 5 orang ke anak ummi?ekeke..

Bila tengok apit dan acha pakai pelampung hati rasa sedih la juga.. Belum hantar lagi anak dua orang ni gi kelas swimming. Takpelah moga ada peluang dan ruang waktu hantar mereka berdua nanti. Masa di qatar dulu cikgu renang dorang datang ke compound kami. Mudah tak yah nak hantar ke luar. Jimat masa. Satu sesi QR 60 je/jam. Tu yang masukkan kakak dan abang. Kami bagi dia belajar seminggu dua kali. kelas kedua dah reti berenang dah masa tu. Acha kecik lagi tak masukkan masa tu takut dia tak paham cikgu tu cakap apa sebab cikgu tu filipino. Sekarang dah rasa rugi pula bila dia tak tau swimming. Huhu


Ni kali pertama baby ariz masuk kolam. Ingat kan takut.. Rupanya suka. Ops pelampung tu tibai hotel punya. Tengok sejak semalam tersadai situ dengan bola bagai... Hari ni ambik bagi bany ariz guna. Plan nak celup2 je sebab baby memang takda bawa pelampung.. Hihi

nota kaki: kena kuat fizikal dan minda juga melayan anak2 ni. Mcm2 perangai, macam2 kerenah. Mujur akk abang dah besar blh bantu ummi. Syukur

www.tips-fb.com

3 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...rezeki anak ramai...akak ada 3 je dik...sepatutnye empat tapi Allah pinjamkan dia sekejap je dlm perut akak...masa kecik2 ni memang penat sikit...tinggu depa suma beso sok senang banyak dah mak abah dia...

LM said...Reply To This Comment

InsyaAllah moga2 mudah bila mereka besar. Mcm skrg ni pun akk dan abg bertiga tu dah blh harap

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kalau tidak confirm dengan ummi sekali terjun masuk pool jugak tu kan? ekekekekeke. mujur ada kakak abang tolong pantau adik2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...