Monday, November 30, 2015

Alhamdulillah-Sekolah Menengah Agama...

Assalamualaikum


Alhamdulillah semalam lepas hantar si abang ke kem anak soleh di sekolah tahfiz di... Berkejar hantar kakak maisarah interview untuk sekolah menengah agama. Interview tu sampai jam tiga je tu yang tercungap rasa .. Ye lah dua jam lebih perjalanan dari tempat adik ad ke sekolah kakak tu..

Ni interview sekolah keempat. Yang pertama tu di sekolah as syakirin sebelum kami gerak ke singapore tempoh hari. 

Rabu lepas ke sekolah agama di puchong, lepas tu kelmarin di ibnu khaldun dan semalam sekolah ke empat. 

Bila sekolah as syakirin masih tak bagi jawapan dapat atau tak kami resah la juga. Sebab kakak bukan cemerlang dapat 5A pun. Bila anak perempuan tak dapat 5A memang payah la nak dapat sekolah menengah agama kerajaan ni kan..

Di sebab kan kami memang nak dia ambik integrasi ada subjek agama sekali memang kena usaha ke sana sini lah jawabnya. Tak boleh nak goyang kaki sangat sebab masa interview di ibnu khaldun tu kami perasan ramai juga budak 5A anak-anak ustaz , doktor anak orang berada mintak situ juga. Maybe dia memang nak hantar sekolah tu berdasarkan rekod dan latar belakang pendidik kot? Wallahua'lam..

Bila adik ad dah masuk kem ibadah ni sah-sah la kami kena jenguk dia tiap minggu. Dua jam lebih tu ... Maka bila tiap sabtu ahad kakak nak kena interview amatlah rumit . 

Syukur Allah mendengar rintahan hati ni. Tak perlu pergi interview lagi dah sebab lepas je habis exam dan interview semalam terus dapat keputusan. Tq Allah.. Akhirnya Kau makbulkan permintaan kami. 


Kemain dorang duk lawat kawasan...yang bawah tu lab, bengkel, bilik sakit dan lain-lain.

Kalau nampak yang bertutup tu .. Tu kelas. Mereka sekat bahagian pelajar lelaki dan perempuan. Memang tak campur time belajar. 

Tak jauh sangat pun dengan rumah, harap kakak selesa di sini nanti. Ada maahad tahfiz juga mana tau nnti abis belajar boleh sambung kat sini pula untuk tunaikan impian ummi agar anak-anak ada yang jadi hafiz/hafizah. Amin

Nota kaki: bangunan sekolah ni baru dua tahun.. Banyak lagi bangunan yang belim siap.. Masjid pun besar tapi tangga dia belum siap pasang tiles lagi. Masjid selesa dan budak2 tahfiz dah mula memenuhi ruang masjid menghafaz masa kami tumpang solat semalam.

Errr tak boleh la tepek gambar masjid sebab ada pulak lambang dan nama sekolah. Bahaya pula kan.. Letak nama sekolah anak kat sini. Sesiapa yang nak apa-apa info boleh tinggal kat ruang komen atau call atau email LM. 

P/s: bagi yang nak juga anak sekolah di sekolah agama swasta ni korang perlu cepat2 cari info sebab temuduga dah mula dibuat seminggu sebelum keputusan upsr keluar lagi sebenarnya. 

Ada banyak sekolah kalau korang cari betul-betul.. Kalau tak duk asrama yuran tak la mahal sangat pun. InsyaAllah ada yang serendah 300 sebulan pun ada. Kami tak larat dah nak search sebab dah dapat untuk kakak ni kira dah habisla pencarian kami untuk kali ini. Letih dah ... 

Terima kasih buat kalian yang turut sama mendoakan untuk kakak dalam entri yg lepas2. LM takmo mention nama sebab takut ada yang tercicir nanti terasa hati pula. Tq ye.. Anda tau siapa anda:)


www.tips-fb.com

7 comments:

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...moga kakak success :)

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

ibnu khaldun tu dekat dengan rumah kami.. menarik jugak sbb dari sekolah rendah ke sekolah menengah ada..

cik hani said...Reply To This Comment

wah...dah dapat tawaran ye..
Alhamdulillah..
Tahniah untuk dia ye..

LM said...Reply To This Comment

Haah rai yg untungnya dari sek rendah terus blh masuk sek men. Tak tau lg keputusannya interview tu tp dh tau sek yg semalam tu dh dpt tu yg tak fikir dh sek yg sblm2 ni . Sbb antara 4 sek tu yg kakak dpt paling baru, paling elok la dari segi pentadbiran pencapaian smuanya tu

LM said...Reply To This Comment

Amin tq acik ieyla

LM said...Reply To This Comment

Tq acik hanie

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Alhamdulilah tahniah kakak. yang ini sekolah asrama ke kak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...