Thursday, November 19, 2015

Anak Ke 2- Panas Baran Dan Degil Ke?

Assalamualaikum..

Anak kedua. 
Ada yang kata anak kedua ni degil, panas baran, keras kepala dan payah nak diurus. Betul ke?

Bila adik kiera sakura kita tanya LM pasal adik ad nak juga menaip pasal anak kedua ni tapi tak ada masa terluang.. Ni baru gigih nak taip, hehehe


Dia.. Anak kedua. Yang besar tu ye.. Yang kecik tu anak keempat.

Dia ni sejak mula hamil LM dah berharap dia lelaki. Sebenarnya bila plan nak hamil lagi LM berhajat sangat nak anak lelaki lagi dan lagi.. Kalau kakak maisarah sorang perempuan pun takpa sebab berharap anak lelaki boleh jaga ummi ayah  dan kakak nanti. Tapi Allah bagi acha sebagai teman buat kakak maisarah.. Hehe

Saat kehamilan
Adik ad ni masa hamilkan dia langsung tak mabuk. Langsung tak muntah-muntah sedangkan masa hamilkan kakak muntah teruk sampa tahap merangkak keluar dari tandas.

Selera makan pun tak berubah, semua okey je. Berat pun cuma naik 13 kg ( kawal makan kononnya)berbanding masa hamilkan kakak sulung 20kg.. Dia lahir 3.2kg berbanding si kakak 3.0kg

Kelahiran.
Due dia 31 ogos. Tapi bila check jalan 15hb tu dah buka 2 cm doktor nak tahan masuk air nak induce LM takmo. Ye lah sebab kami nak bersalin di kluang dan kami tinggal di segamat masa tu. jauh tu dua jam perjalanan. Ye lah masa adik ad tu kat segamat takda klinik atau hospital swasta sampai la sekarang takda klinik bersalin juga rasanya. kenapa kluang? Sebab jalan ke sana tak jem dan boleh pecut laju kalau sakit dan si ayah selalu out station sana masa tu. tau selok belok jalan dan kedai kat sana. Mudah nak check up tiap bulan cuma ikut ayah out station je sambil boleh cuci mata kat air hitam.. Haha . Ke melaka cuma sejam suku saja tapi konon takmo anak lahir luar johor. Hehe padahal si acha bersalin kuantan, si syafiq bersalin melaka gak akhirnya dan baby bersalin kat puchong:(

Bila takmo bersalin pada tarikh tu kami balik la walau doktor kata nanti sakut tengah malam awak datang la ye..(sambil gelak2)

Sehari dua hari tetap x sakit. Tapi merana rasa basah. Tak tau air ketuban leaking. Ingatkan keputihan ke.. Lendir ke.. Bila tak tahan dah gatal buat keputusan ata paksaan incek suami untuk serah diri selepas 10 hari asik basah je.

25 ogos 2005
Pagi tu bersiap. Dengan berat hati tinggalkan si kakak yang baru berumur 1 tahun 11 bulan kat mak. Susu habis tak sempat beli terpaksa mintak mak belikan. 

Tengah hari tu makan di air hitam. Tak
Makan sangat rasa tak selera. Hati berdebar tapi incek suami masih cool ajak ronda tengok pasu kat air hitam tu.
Si isteri dah tak mampu nak jalan rasa tersangkut je . Rasa baby dah bawah sangat. 

Kami ke masjid india solat zuhur. Call mak tanya anak camne.

"Tak pergi beranak lagi??"
Haaa mak dah marah.. Ekeke. Lelaju solat dan terus ke klinik bersalin tu. kami plan bersalin kat klinik kecik je masa tu. 

Tup tup.. 
Air ketuban kering.. Dah tinggal sikit. KECEMASAN!! Perlu operation kalau baby tak boleh keluar juga setelah di induce nanti katanya. 

TAPI
Klinik kami tak boleh buat operation. Ni klinik kecik tak cukup peralatan. Ah sudah??

Bila dia nak buat surat bak hantar ke Hospital Besar Kluang hentak kaki la LM takmo. Kalau nak bersalin kat gomen baik aku bersalin spital besar segamat je kot? Dekat je ngan umah. Grr

Bincang-bincang.. Dia kata ada satu spital swasta kat situ.. HOSPITAL PAKAR UTAMA. Terus berkejar ke sana. Orang ramai ya Rabbi.. Dari jam 4 camtu menanti sampai la ke jam 5 petang camtu.

Masuk je terus tanda tangan semua surat termasuk lah dia bagi tau kalau tak boleh induce dia akan terus operation.. Takut jalan takmo bukak dengan cepat bla bla bla.. Redha jelah kena belah perut ni. Sobss

Masuk ubat pukul 5.30 camtu..pukul 6.00 orang dah edar makan malam. Masa tu dah mula rasa sakit sikit. Berkerut juga dahi nak telan makanan. Incek suami paksa makan telan macam telan pasir. Dia suap apa pun dah tak boleh nak kunyah sebenarnya. Main telan je. Makan dengan perasaan pilu dan berdebar seperti tau ajal tiba saat bila..

Lepas makan suami kata nak gi masjid na solat maghrib. Dalam jam 7 lebih camtu dia tinggalkan LM. 

Bila dah pukul 8 nurse datang terus bawa ke Labour Room. Katanya bilik pembedahan juga sebab kalau kecemasan tak perlu tukar bilik. Penuh lampu atas macam fun fair dah . Sangat gerun.. Sakit makin kuat.. Sakit berterusan tak henti2( sakit induce memang tak henti2 pun)

Tanya kat nurse nanti suami saya datang dia tak tau saya kat mana. Nurse kata nanti dia maklumkan.. 

Tak terfikir nak bawa handphone ke apa..kejap-kejap rasa nak buang air besar. Tapi nurse tak bagi gi tandas takut baby keluar. LM  pula risau sebab dorang tak sempat pump berak sebab kecemasan kan..kot la terrrr atas katil. Sobss

Walau mereka kata takpe berak je lah atas katil tu LM tetap merengek nak gi tandas. Ha ha..datang sorang nurse muda terus LM pujuk ajak dia teman ke tandas. Tapi tak berjaya sebab nurse lain perasan. "Awak dah nak bersalin dah tu"

Redha je lah.. 9.58pm selamat bersalin setelah bertarung nyawa menahan sakit yang teramat pedih dan perit. Suami balik kejap je terus bersalin.. Kan malam jumaat.. Dia baca yasin, solat hajat semua baru datang spital. Dia ingat lama lagi nak bersalin, huhu

Pertama kali rasa nikmat sakitnya induce tanpa persediaan mental masa tu belum masuk 24 tahun pun umur...bila sakit je LM berpusing kiri dan kanan.. Last-last baby senget bahu dia tak tegak. Dan paling malang ter teran masa jalan belum buka habis. Dah tak tahan sangat sebab kuat sgt rasa sakit dia. Last-last keluarlah baby masa baru bukaan 8. Bengkak dan sah la luka teruk sebab jalan belum full.

Merana lah bila luka teruk. Kena jahit luar dalam. Lepas jahit punggung tak boleh jejak. Rupanya ada lagi darah beku. Doktor terpaksa buka balik jahitan. LM dah mengamuk masa tu bila dengar nak kena buka balik? Terus doktor kata takpe dia bagi LM tido terus. Ekeke

Sedar-sedar jam 1 pagi. 

"Baby saya mana? Dah siap jahit?"p

Tu je yang mampu di tanya. Telinga rasa berdengung. Mata kabur.. Ngantuk ya amat

Dah jahit masa kau pengsan tadi lah LM oi.. Lama giler tido sampai pukul satu. Haha

Sepanjang malam tak boleh lena sebab kepanasan. Tak mampu dah nak kejut suami kat sebelah suruh kuatkan aircond. Dia elok je tido mengerekot sejuk ,LM basah kuyup rambut sampai menitis ke dahi peluh berjurai2.

Tiap dua jam nurse datang.. Salin kan apa yang patut. Duk lap kan peluh dia pun heran tengok nape sampai berpeluh gitu. Nurse sesi pagi datang check terus cakap nak balik. 

"Awak tak kencing berak lagi camne nak balik. Baby awak dah kencing, dah berak.."

Ooo ye tak ye.. Terus je LM ke tandas, cebuk dengan apa ntah la segala mak nenek yang dorang bagi untuk matikan kuman bla bla bla.. Dah siap mandi lawa2.. Kawan suami pun datang melawat. Ecehh rasa cam segar pula lepas mandi. 

Doktor tak boleh nak halang la sebab duk berzikir nak balik .. Nak balik., sepatutnya kalau bersalin malam memang tak boleh balik lagi. Hihi. 

Alhamdulillah lepas makan tengah hari dah boleh balik. Duduk penyenget sepanjang perjalanan sebab bengkak persalin teran awal sangat(padan dengan muka sendiri). Syukur 4 hari lepas tu luka dah baik, dah tak sakit.. Dah boleh jalan laju sikit. Muka dah boleh senyum banyak.. Ahaha..

Nikmatnya bersalin
Sakit oi bersalin induce. Tu je yang LM boleh kata masa tu. tapi.. Acha pun induce gak sebab leaking ketuban gak dan jangkitankuman(34-35 mgu). Syafiq pun induce gak sbb jalan tak buka dan baby masih atas  tapi air ketuban dah turun. Baby ariz pun induce gak .. 

Tapi.. Bersalinkan adik ad ni memang paling sakit. Sangat sakit sampai boleh kenang sakit tu sampai kini. 

Bila sakit sangat..
Bila nak bersalin tu mendebarkan, mencemaskan, sakit ya amat.. Maka bila anak tu orang buat apa2.. Memang lah LM akan mengamuk. Kalau orang usik ke, marah tanpa alasab kukuh ke, jatuhkan lukakan ke.. Malah kalau ayah dia marah lelebih pun LM akan sentap sampai sekarang. Keterujaan dapat anak lelaki yang sangat diidam sejak mula hamil tu lain macam perasaan dia. 

Perangai?
Alhamdulilla dia ni lembut hati malah bukan takat lembut tapi kememe juga. Cepat sentap dan mudah menangis. Anak ummi sangat. 

Rajin bantu kerja rumah.. Dia lah yang tolong menyidai baju tiap pagi kepas valik sekolah agama kalau ummi dia tak sempat bila baby meragam. Dia lah yang tolong jaga baby bila ummi masak sebelum dia ke sekolah kebangsaan. Kakak berdua tu sekolah sesi pagi.. Maka dia lah yang jadi pembantu ummi.

Nak kata degil tak nampak la pula.. Nak kata ligat tak juga sebab dari kecil masa gi keje mak yang jaga. Sama je macam kat rumah sendiri dia cuma duduk mengadap pocoyo masa mak bagi makan dan buat kerja lain. Dia tak kuat melekap, tak suka nangis. Jenis tak banyak cerita sampai la sekarang. 

Cuma.. Bila kena marah, dia ni suka membatu diri. Kalau tanya payah sangat nak jawab. Air mata je menitis laju. Ada orang tak suka anak jawab bila dimarah. Macam LM memang marah kalau anak tak cerita apa yang kita soal. Tak suka anak diam membatu. Kenapa buat camtu? Kenapa tak camni.. Bla bla bla.. Bila diam mulalah ummi naik tangan. Mula naik hantu.. Ops orang lain takleh babab. Ummi je.. 

Kasihnya ibu

Siapa kata ibu pilih kasih?
Si kakak.. Walau mudah lahirnya, tetap rasa sakit sebab pengalaman pertama melahirkan.

Si abang.. Memang tahap paling teruk pengalaman tu. sakit oi!

Si acha.. Mencemaskan.. Paling lama di spital, dengan jangkitan kuman duduk nicu tu lama, dengan jaundis 2 bulan sebab lahir cuma 2.2 kg. bila payah nak besarkan bagi sihat dan bambam memang marah kalau orang sakitkan anak kita.

Si apit..
Ya Allah.. Ni anugerah paling istimewa. Paling tangkas, cergas 24 jam. Paling kuat mengamuk. Paling payah nak pujuk. Paling kuat duga keimanan ummi dia ni. Paling banyak buat ummi dia istighfar.. Duk pujuk hati sabar.. Sabar.. 

Di sebab kan lahir awal, tetiba ketuban pecah. Ayah sepatutnya balik malam tu dari qatar dia dah sibuk nak gak keluar awal. Ummi bersalin sorang2 kat LR tu sebab nenda dia jaga abg akk dia yang tiga tu. bila bersalin sorang2.. Memang lah naik angin kalau orang buat apa2 kat dia. Aku bersalin sakit sorang2 tau! Selau cakap camtu. Haha

Nampak tak? Mana ada yang tak sayang? Semuanya sayang.. 

Kan? Betul tak?

Tapi rasanya adik ad ni dia lahir awal kot? Hahaha sepatutnya yang jadi anak kedua ni syafiq. Yg kuat ngamuk payah nk pujuk tu syafiq. Ekeke..( gurau je..)

Baby ariz lahir awal. Sakit dekat pukul 7malam. Call ayah suruh datang dari seri kembangan ke puchong .. Kata kat ayah doktor kata dlm pkl 10 malam bersalin. Ops rupanya menahan sakit sensorang.. Ayah datang dlm 7.45 camtu(sian kalut datang kalut solat terus ke LR) 8.05 mlm dah bersalin.

Nota kaki: tiap anak ada perangai masing2. Time kecik ni kita rasa payah sikit nak jaga. Ada peel yang buat kita rasa panas hati, payah nak handle.. Menduga kesabaran.. Esok dah besar kita akan rindu perangai mereka tu. ye tak?

Anak tu harta . Saham akhirat. Macam LM ni.. Takda rumah besar.. Takda kereta besar.. Motor cabuk pun takda. Tak kerja.. takda duit berguni..Cuma ada anak saja buat bekalan di alam yang kekal di sana tu. 


www.tips-fb.com

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Ada betul juga tu LM..
Akak tengok anak akak yg no 2 ni..
Sama dengan perangai abahnya.. abahnya pun no 2..

Yana Libra said...Reply To This Comment

panjang lebar explanation tu :)

semua anak lain-lain kan? tapi sakitnya baca pengalaman tu...saya leaking gak, pastu induce jalan tak bukak :( kena czer...huhu..baru anak first..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tak kiralah sakit kerana induce ke apa bersalin memang sakit dan bukan kerana sakit itu juga kita sayang anak kita. Dah Allah kurniakan ibu ada naluri kasih itulah ajaibnya yg kita tak tahu. Setiap anak ada keistimewaan tersendiri. Kita aje yg tahu - org luar manalah tahu kan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kesian akak. mostly bersalin induce dan ketuban leaking huhuhu. betol la kot tu adik ad tertukar masa dengan syafiq ekekekekeke :p

memang kan kalau nak marah lelebih ke, babab dorg ke kita je yg boleh. kalau bapak dorg buat pun kita rasa nak marah bapak dorg pulak hahahahaha

hainom OKje said...Reply To This Comment

Nak tak nak terpaksa hadap jugak ye sakit tu LM demi nak mengeluarkan seorang umat manusia....
Masing masing anak ada sifat tersendiri, kalau betul pun telahan pasal anak kedua, mungkin satu kebetulan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...