Wednesday, November 11, 2015

Bayi Menggigit Semasa Menyusu

Assalamualaikum

Baby ariz paling lambat tumbuh gigi berbanding abang dan kakak yang lain. Tak hairan lah dah umur 8 bulan dia masih makan bubur nasi yang halus dikisar. 

Dah seminggu baby ariz tumbuh gigi. Ada sedikit rasa cuak bila nak menyusukan. Takut juga dia nak  'test ' ketajaman gigi dia tu. 


"Walaupun ramai bayi yang menyusu badan telah tumbuh gigi, kebanyakannya tidak pernah menggigit ibu mereka. "   

Ini yang LM baca. Betul juga.. Jarang sangat baby menggigit selain dia getam dan saja nak main-main. 

Baby ariz mula main gigit tarik-tarik ketap gusi sebelum ada gigi lagi. Tapi bila dah ada gigi ni memang dia tak menggigit pun.

Rupanya... jika bayi kita  melekap dengan betul, dia tidak dapat menggigit kerana lidahnya menutup gusi bawah semasa menyusu. Untuk menggigit, dia perlu menarik lidah ke belakang untuk mendedahkan giginya. Ini mustahil semasa dia sedang melekap



Bayi anda juga tidak akan menggigit menggunakan gigi atasnya. Seperti orang lain, bayi juga menggigit ke atas, bukan ke bawah. Rahang bawahnya bergerak tetapi rahang atas tidak. 

Sebab tu bila menyusukan baby LM akan  fokus pada penyusan sepenuh masa. Bila dia dah tak menghisap dan mula tarik lidah cepat-cepat suruh dia buka mulut lepaskan nipple agar dia tak gigit.


Gigi baru oi.. Kalau kita pun gian gak nak geget belajar kunyah. Nak juga test power tengok tajam ke tidak. Ye tak?

Kalau abang kakak dia main dan dia mula hilang fokus baik cepat suruh dia lepas. Nak main pergi lah join main, nanti kita menyusu lagi ye? 

Macam mana nak suruh dia lepas?
Masukkan jari kelingking di tepi bibir kanan atau kiri. Cucuk gusi dia( mauskkan jari ditengah2) bila mulutnya terbuka dia akan lepaskan puting dengan sendiri tanpa menggigit.

Moga tips ini dapat membantu. Entri akan datang akan LM share cara untuk menangani anak yang memang suka menggigit secara sengaja bukan sebab tertido atau terleka.




www.tips-fb.com

1 comments:

raihanah said...Reply To This Comment

kalau baby gigit saya kepit hidungnya, nanti dia lepaskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...