Monday, November 30, 2015

Bila Malas Masak

Salam...

Bila rumah berselerak, kain menimbun nak dilipat.. Mata naik semak toleh kiri kanan akibat sabtu ahad busy ke hulu ke hilir urus perihal anak-anak , sah la mood memasak terus merundum

Bibik linda(maid harian) kemas rumah sambil ummi lipat kain yang menimbun. Lepas tu susun almari baju acha dan apit yang berselerak kemain. Kakak maisarah menyidai baju. Lepas tu ummi urus pula rose jepun yang dah 'menangis-nangis' minta di pecah pasu. Syukur dapat tiga pasu replan semula. Sepatutnya 4 -5 pasu tapi baby ariz dah meraung nak ummi tak sempat la:(

Bila tengok nasi yang kakak maisarah dah masak tu rasa cam blur tak tau bak masak apa. Last-last capai udang terus campak microwave defrost kejap dan terus sambalkan saja. Buat telur dadar dan ada pula sayur kailan. Selesai... Malas nak fikir sangat. 

Syukur suami dan anak tak cerewet bab makan, kalau tak menangis tepi dapur lah LM. 

Hari ni bagi kakak sulung cuti tak yah ngadap buku sebab reward dah dapat sekolah. Kalau tak muncung panjang kemain ngadap buku math kena buat latihan.. Ekeke. 

Kakak cuti sehari tapi adik apit kena buat huruf jawi dan math, acha pula kena buat bm dan math. Asik mengelat jeling tv bikin ummi urut dada dari tadi. Nak ditutup tv kesian pula baby ariz boring . Nanti meragam ummi tak boleh buat kerja:(

p/s:apa menu korang hari ni?



www.tips-fb.com

6 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

tak tau nak masak apa balik petang nanti..dalam peti sejuk ada ayam dah perap untuk bakar.. kita bako je lah agaknya petang ni.. kami pun masak ringkas2.. anak2 jenis tak cerewet jugak..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Seronok semua ada di rumah.
Masaka apa pun mesti semua makan sebab ramai-ramai
Kakak pun masak sambal juga tapi sotong pagi sebelum pergi kerja sebab Mak Zah balik kg.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya hari2 pening nak masak apa..pagi pening , tengahari pening petang pening malam pun pening..hahah..dah la semua cerewet bab makan..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

rajin la jugak tu. kalau kira bila dah malas tu masak sardin atau goreng ikan masin je. mujur jugak dedua hero tu jenis tak memilih makan. makan je apa yang ada tanpa banyak songeh. makan dengan berselera pulak tu. sejukkkk hati ekekekeke

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alamakkkk...sama pulak nama dgn bibik tu...wakakak...akak hari ni masak simple2 je dik...sambal ikan parang,candawan+tauge tumis dan salad tauhu timun je...alhamdulillah yg penting kenyang perut satu rumah

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kat rumah saya ni walaupun ahli tak ramai, cerewetnya tak tahu nak kata. Tapi kalau cakap banyak, nanti Mommylah yang kena sebab melayan sangat kerenah anak-anak. Kalau ikut bapaknya, masak aje ikut suka hati kita. Tapi pernah juga saya masak ikut suka hati saya lepas tu bapaknya yang komplen! Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...