Monday, November 9, 2015

Bubur Ayam Ringkas Untuk Kuliah Maghrib

Assalamualaikum..

Alhamdulillah siap pun bubur ayam ni.

Berpeluh juga nak menyiapkan bila baby ariz asik merengek takmo tido petang ni. 

Di masjid kami tiap malam memang ada kuliah maghrib. Di sebab kan ni masjid baru kami takda lah order makanan untuk tiap hari sebab kewangan masjid belum stabil lagi. Kalau ada orang sedekah ada lah jamuan.. Kalau takda duk diam-diam je lah.. Hehe.tapi untuk ustaz jemputan adalah air dan biskut kering atau kek ke..

Bila nak sedekah kena bagi tau awak-awal. Ajk nak buat air siap-siap tak la kalut nanti. 

Bila dah sms suami kata nak buat bubur ayam, tup tup baby takmo tido asik nak berpegang berpeluh juga LM takut tak siap buburnya.

Bubur dah elok kembang ayam tak potong lagi. Konon takmo kisar, nak hiris kecil2.. Tup tup baby merengek.. Sobss




Makan dengan sambal kicap.. Nyumsss
(Johor sangat. Haha)


Syukur.. Selesai sudah. Simple saja. Ikut bahan yang ada di rumah. Tak plan awal pun sebenarnya.

Kebetulan beras wangi buat ketupat raya haji aritu ada lagi tu yang niat nak habiskan takut rosak.. Kalau nak buat bubur pakai beras berkanji lagi elok .. Kami makan tiap hari pakai beras basmathi tak lawa la nak buat bubur guna basmathi. Dia lambat hancur dan tak berkanji.

Hari tu pun kalut gak.. Dah azan asar baru terfikir nak sedekah mihun. Baru sibuk nak rendam, nak defrost ayam.. 

Baby pun sama nak tolong, dengan kalit nak ambik anak sekolah 5.30petang. Rasa kelakar pula bila mengenangkan diri ni suka buat kerja tak plan awal-awal. Asal terdetik je rasa nak buat terus buat. Lepas tu kelam kabut..






www.tips-fb.com

1 comments:

Malinda Ismail said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...murah rezeki adik bila selalu bersedekah camni...bubur tu nampak sangat la mengoda...ingat hari khamis nanti nak buat la sebab cik.boss tak.balik makan...kikiki...mamat tu bubur2 camni dia tak.berapa nak layan tu yg kene tunggu dia takde baru bleh masak...kuikuikui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...